Pages

Ahad, 15 Mei 2016

Sandakan Crocodile Adventure Land

Jom jalan-jalan tengok buaya...


Di depan pintu masuk ke taman buaya...  toleh ke sebelah kiri, dalam sangkar ikan... ada seekor ikan gergasi! 
Tiket masuk : RM10 untuk dewasa.
Harga tiket pun dah naik, tentu ada perubahan di dalam taman ini terutamanya jalan yang terdiri dari susunan kayu sepanjang laluan 'di atas' buaya!

Sebaik melangkah masuk melalui pintu pagar, pandang ke bawah...nampaklah sang bedal dengan pelbagai aksi. Sebenarnya buaya-buaya ini kelihatan kaku.... macam tak bernyawa! Diam saja! Itu agaknya yang dikatakan...tenang-tenang buaya! Eh..bukan! Air yang tenang jangan disangka tiada buaya!

Kalau dah menganga begini... maknanya mengangalah entah sampai bila! Penat kita tunggu sama ada mulutnya terkatup semula ke, tapi tetap begitu... Baiklah kita jalan ke tempat lagi., Buang masa jew di situ he he heee...


 Nampak tak kepala buaya timbul dari dalam air tu... puunn tenang jew!

 Selain buaya, ada juga haiwan peliharaan lain termasuk ikan koi.

Ikan keli pun ada!
Sangatlah besar saiznya!

Dah namanya taman buaya, tengok kiri kanan memang penuh dengan buaya! Ini buaya dari Lahad Datu. Umurnya sebenartnya tu dah lebih 60 tahun sebab signboard di bawah ni tak bertukar sejak kita datang 3 kali di sini! Terakhir kita datang tak silap tahun 2007.
Boleh tak bayangkan seekor buaya dengan berat 800 kg? Bukan 80 kg tau...!


Buaya yang ini pulak namanya Taki.  Samalah tu infonya dengan Tako... lebih 45 tahun tu umurnya!



 Banyak buaya di sini... berpuluh ekor kot...

Dulu, taklah secantik ini...
Sekarang sudah ada taman yang subur dipenuhi tumbuh-tumbuhan.
Patutlah..tiket pun naik sampai RM10 untuk seorang dewasa. Dulu, hanya RM4 sahaja kalau tak silap.

Hari ini...
Tidak ada pertunjukan buaya...
Biarlah buaya tidur!


 Tengok tempat lain... ada kambing pulak di sini!

Walaupun kita tak heran dengan kambing, tapi anak-anak teruja nak tengok!
Maklumlah... kehidupan anak zaman sekarang jauh sangat dengan kehidupan dengan alam semula jadi... dah tak kenal flora dan fauna seperti kita dulu!

 Dulu, di sini ada pelbagai spesies monyet tapi sudah diganti pula dengan ayam hutan!

 Tengok memerang berenang...

 Cantik jew kura-kura bertenggek atas batu...

 Inikah yang dikatakan merak mengigal?


Ketika duduk berehat di taman replika buaya, tiba-tiba terdengar seseorang bersuara... mari tengok buaya makan!

Buaya-buaya ini diberi makan daging ayam.
Buaya yang selama ini mematikan diri, bila tercium bau makanan saat itu juga mulutnya terus terbuka dan menangkap makanan yang dicampakkan ke arahnya! Sangat tangkas! Macamana buaya boleh terus membuka mulut menyambut daging ayam dengan tepat sekali!

Yang dalam air pun tiba-tiba menonjolkan kepalanya dengan mulut bersedia untuk menganga!

1 ulasan:

  1. Saya orang sandakan tapi tak pernah masuk sini, baru-baru ini bawa kawan konon nak singgah tapi terlimpas lagi sampai di taman rimba...melepas lagi.

    BalasPadam