Sebelum berangkat masuk hutan untuk aktiviti night safari, masing-masing ambil kesempatan meninjau-ninjau kalau-kalau sang bedal merangkak santai-santai ke tebing sungai! Nampaknya yang kelihatan hanya sepasang matanya yang hijau...itu pun Nano yang tajam mata dapat melihatnya! James...siap campai sayap ayam BBQ lagi untuk umpan sang bedal...tapi tak ada jodohlah nak jumpa dengan sang bedal malam tu!
Fauzan pulak ambil kesempatan panggang sayap ayam sementara menunggu pukul 8.30 untuk bertolak masuk hutan. Sebelum naik truck, sempatlah seketul dua Fauzan meratah sayap panggang!
Yang lain...main-main di sini.
Seronoknya korang gelak yea... mesti ada yang lucu ni...
Masa untuk mengembara sekali lagi!
Haiwan pertama yang kami jumpa ialah kinxxx hutan.... banyak! Yang kedua kami temui burung hantu yang sangat gemuk di celah dahan pokok. Tak pandai ambil gambar sebelah malam sebenarnya ni...
He he heee.... ambil kesempatan ambil gambar buah hutan!
Di mana ada buaya di situ ada sang kancil.... malam itu terserempak dengan sang kancil yang sangat kecil...halus! Nampak tak nuuunnn... comel sangat!
Sekali lagi pinjam gambar dari Dodi!
Antara haiwan yang ditemui di waktu malam.
Skunk pun ada!
Cuba perhati betul-betul gambar di atas tu.... macam ranting! Itu bukan ranting ye...itu sejenis belalang!
Terdapat pelbagai jenis haiwan yang ditemui tapi kamera tak secanggih mana dan tuan punya kamera tak banyak ilmu, jadi taklah terakam aksi monyet merah, musang, burung kenyalang dan sebagainya!
Kami kembali ke resort menjelang pukul 10:30 malam. Ya ...ampun! Sangat letih.... sungguh! Malam itu daku tidur lena...terasa bagai dibuai-buai...teralun di atas air sungai yang berpusar!
Oh...yaaa.... bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini sebanyak RM50.00 per kepala. Tapi kalau ramai-ramai yang masuk hutan, cubalah minta potongan harga.... ahaks!
Entri lain berkaitan catatan perjalanan ke Sukau:
Assalam kak amie..
BalasPadamBestkan berpeluang tengok binatang di malam hari..ada yg tido ada yang makin lincah mencari makan...mcm2 aksi hihihi
Assalam kak amie..saya peminat setia kak amie..setiap hari saya akan melihat perkembangan harian yang kak amie selalu post kan didalam blog kak amie..saya suka dengan menu masakan, saya suka dengan pengembaraan, aktiviti luar yang kak amie jalankan..saya juga telah mencuba beberapa jenis menu dari blog kak amie sendiri..ianya memang melazatkan dan memuaskan hati..
BalasPadamSaya juga berminat ingin mengetahui cara bagaimana kak amie mengatur untuk membuat aktiviti seperti gambar diatas..mudahan saya mendapat fedback dari kak amie. Sekian..:)
Lina,
BalasPadamwaalaikumussalam....
haiwan semakin pupus... he he heee anak cucu kita dapat tengok di zoo jew nanti.
Idyana,
waalaikumussalam...
Terima kasih sudi jadi peminat setia kakak.
Sebenarnya ini aktiviti kelab staff sekolah kami. Ada juga aktiviti yang dirancang bersama rakan-rakan dan tidak melibatkan organisasi. Apa pun... kalau ada minat, banyak perkara kita boleh lakukan bersama teman sealiran.
Adakah jawapan kakak memenuhi kehendak soalan he he heee...