Pages

Selasa, 10 Mei 2016

Jungle Walk : Lubang Pokok Merbau Tempat Persembunyian Anak-Anak Gadis Kampung Bilit Semasa Pemerintahan Jepun!

Tiba masa untuk aktiviti jungle walk.
Lebih kurang pukul 2.30 petang... agak lewat dari masa yang dijadualkan...sebab kami yang lewat turun makan tengahari!


Baca doa dulu sebelum melangkah kaki masuk hutan.

 Guide kami memberitahu perjalanan dalam hutan sejauh 1 km.
Adeeedeeehhhh... kena naik bukit turun bukit rupanya!
Bertongkatlah kita macam mak-mak kebayan!


Sampailah ke laluan ini... jambatan gantung!
Nampak gayat juga...sebab kecik jew jambatannya!
Terima kasih Dodi (staff di Myne Resort) kerana sudi kongsikan beberapa keping gambar keadaan dalam hutan di sini.

Kita berjaya melepasi jambatan gantung ini... 
Difahamkan bahawa hanya 2 orang sahaja boleh melalui jambatan ini pada satu-satu masa...tapi..cuba lihat! Macam lebih 4-5 orang tu!




 Kami meneruskan perjalanan. 

 Ini menara dalam hutan.....


Dari puncak menara ini kita boleh melihat pemandangan tasik ladam yang terbentuk cantik!

Sekali lagi...kongsi gambar dari Dodi...mungkin gambar ini diambil pada waktu pagi, sebab seakan-akan kabus di bahagian hujung tasik ladam itu...

Ini gambar tasik ladam yang kita rakam pada petang itu. Nampak tak gelungan Sungai Kinabatangan yang berair keruh itu... Terasa pula seperti sedang buat kajian geografi!

Wokey... jalan terus...
Guide beberapa kali sebut...pokok merbau besar!
Kenapa tu?
Sebesar mana?
10 pemeluk?


 Jalan lagi.... tapi hati-hati ye!

Kepada yang suka berselfie welfie itu... janganlah sampai lupa diri!
Bukan apa... takut nanti terjatuh dalam gaung. Maklumlah jalan di sini agak sempit...kiri kanan gaung dalam! Kang tersilap langkah tergelincir jatuh...teringat kisah 5 orang pelajar pengajian tinggi yang jatuh gaung sedalam 24 meter ketika berselfie di puncak Bukit Keluang di Kuala Besut! Syukurlah... semuanya selamat ditemui Jabatan Bomba dan jabatan Penyelamat Besut.


Terjumpa pokok tongkat ali.

 Pokok tongkat ali saiz besar!

Nano...
Yang sentias berpesan... baik-baik ada gaung! Laluan tak besdar mana kan...kiri kanan gaung! Sepanjang laluan dalam hutan, banyak info kami terima dari Cikgu Nano terutama tentang pokok-pokok hutan. Kawan kita ni dulu study tentang sains botani...
Dalam hutan ini selain pokok kayu balak, banyak spesies rotan, pokok tempala, pokok tikus dan macam-macam lagi temasuklah pokok binuang!


 Sampailah kami ke pokok merbau besar!

Om Guide kata, kami boleh masuk ke dalam pokok merbau tu, tapi katanya tunggu dia dulu masuk untuk memeriksa keadaan di dalamnya. Iyo laaa... dah suruh orang masuk kenalah pastikan tak ada binatang berbahaya bersembunyi di situ kan... ahaks!

Ada dua orang guide yang memandu perjalanan kami. Dengan membahasakan diri mereka Om (bermaksud pakcik dalam bahasa Timur Timur), mereka menyelinap masuk ke dalam pokok dengan membawa lampu suluh.

Boleh masuk cara merangkak atau mengereng bagi yang bersaiz XL...

Om pun hilang ditelan pokok merbau!
Tapi kedengaran suara Om memanggil... masuklah!

Ceritanya seperti yang tercatat di atas...
Adalah dipercayai pokok merbau ini telah wujud sejak Perang Dunia II dalam tahun 1940 semasa pemerintahan kerajaan Jepun. Menurut orang-orang kampung, penduduk Kampung Bilit sangat bimbang akan keselamatan anak-anak gadis mereka. Oleh itu mereka mencari jauh ke dalam hutan tempat persembunyian yang sukar ditemui oleh askar-askar Jepun ketika itu. Dalam perjalanan tersebut mereka telah terjumpa dengan pokok merbau ini di mana ia mempunyai pintu masuk semulajadi yang boleh memuatkan seorang pada satu masa. Oleh itu pokok merbau ini merupakan tempat  persembunyian yang terbaik untuk memuatkan  10 hingga 20 orang bersama bekalan makanan pada masa itu.

Kawan-kawan yang lain masuk ikut bersembunyi dalam pokokk merbau. Kita di luar saja menunggu...punyalah lama dalam pokok! Rupanya sempat berselfie welfie lagi!

 Ini bahagian atas pokok merbau tadi.

Sekali lagi pinjam gambar Dodi... 
Beginilah keadaan di dalam pokok merbau itu.

Wokey...setelah semua sudah keluar dari 'gua' pokok merbau, kami pun meneruskan perjalanan pulang...

 Tiba di pintu keluar...


Malam nanti kami akan bernight safari pulak yea... dan masuk melalui pintu ini.

 Selesailah aktiviti jungle walk pada petang itu. 
Jam hampir menunjukkan angka 4 petang.

 Terima kasih Om!


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak..
    waaa bestnya aktvti riadah gitu..kita suka hijau2...tenang je rsa..

    BalasPadam
  2. Subhanallah... kagum tun tgk pokok tu.. xsangka dlm pokok mcm gua. dh lama x gi junggle trekking, jeles pulak rasa.

    BalasPadam