Pages

Jumaat, 1 April 2016

Butiq Anggun D'Sarung

Setelah 35 tahun tak pernah bertemu!
Setalah tamat Darjah 6, masing-masing membawa hala tuju tersendiri....
Setelah bertemu kembali pada 13/3/2016... pelbagai cerita dikongsi bersama.
Yan.... Norzehan Jiman, salah seorang rakan persekolahan yang namanya tetap dalam ingatan.  
Yan.....


Inilah Yan. Nampak manis sekali.  Macam gadis remaja... padahal kita saja yang tahu umur kita kan Yan.... ahaks! Moga Yan aweeett muda... pewwwiiittt!

Sebelum diadakan reunion pada 12/3 2016 memang kita berangan nak tengok-tengok butik Yan. Sayangnya semasa reunion pada petang Sabtu, Yan tak dapat hadir. Keesokan harinya Yan mesej... Yan angkut kita ke Kuala Selangor, makan-makan. Esok paginya, Yan datang lagi bawa kita sarapan dengan kawan-kawan di warung roti canai Siti Sarah di Parit 8. Terima kasih banyak Yan, sebab sanggup ambil dan hantar kita jalan-jalan makan dan minum  ABC mangga,  juga sarapan bersama kawan-kawan.
Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kita ke Butiq Anggun D'Sarung di Jalan Kemuning, Kampung Bukit Kucing, Jeram, Selangor.

Sementara menunggu kawan-kawan datang untuk minum di warung roti canai Siti Sarah di Parit 8, kita singgah dulu di butik Yan.

Sedap jew mata memandang bila kaki melangkah masuk ke bahagian dalam butik. Maklumlah, siapa yang tak suka kalau dapat melihat, cuci mata dengan benda-benda yang kemas dan cantik!

Terasa seperti berada di rumah sendiri. Rasanya macam nak baring-baring saja di bangku putih panjang sebelah almari tu.... hiks!

 Banyak fesyen baju yang dijual di Butiq Anggung D'Saring ini. 

 Tudung pun macam-macam jenis!





 Yan ambil pelbagai tempahan baju, dari kurung asli hinggalah jenis moden dan berfesyen.

Kita jengok tempat kerja-kerja menjahit di bahagian belakang. Yan mempunyai 2 orang tukang jahit. Sewaktu kita sampai, tuang jahit Yan belum tiba.

Tentulah kita rasa sangat kagum melihat suasana di sini. Tentu Yan berusaha gigih untuk merealisasikan impiannya membuka butik ini. Tangan kita jenis keras kejung, tak pandai menjahit walaupun dah beberapa kali keluar masuk kelas jahitan. Hmmm.... orang yang kreatif macam Yan ini tentulah sentiasa tekun dan teliti menyiapkan tempahan. Yang pastinya tentulah Yan memiliki sifat sabar ketika melayan karenah dan kehendak pelanggan... betul ke Yan....ahaks!

 Ini antara tempahan pelanggan yang sudah disiapkan.

 Yan, dengan hasil jahitannya...


 Wa caya sama lue laa Yaann...

 Tak teringin ke nak menempah pakaian di sini?

 Di bawah ini Yan tunjukkan pakaian pengantin yang sedang disiapkannya....

Nampaknya memang Yan memiliki daya kreativiti yang tersendiri. Tabik spring kat Yan.... tumpang kagum, tumpang bangga Yan! Kita jahit baju pun hasilnya rupa kelim tepi karipap Yan!

Selaian menerima tempahan menjahit pakain, menjual tudung, pakaian siap dan aksesori seperti brooch yang berkualiti, Yan juga berminat dengan produk tupperware... dan juga beg tangan....

....tak lengkap kalau tak ada alat kosmetik, dan juga suplemen @ makanan tambahan untuk kesihatan.

Sempat tangkap gambar rumah Yan, bersebelahan dengan butiknya.

Moga Yan akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Sempat tangkap gambar Yan sekeluarga yang melekap di dinding....  :)

Kita memang berminat nak tempah baju dengan Yan, tapi buat masa ini kita nak kurangkan 'gajah size' kita dulu...hihihiiiii....

Kepada sesiapa yang tinggal berhampiran Bukit Kucing, Jeram atau yang berminat untuk menempah pakaian di butik Yan, bolehlah datang sendiri ke:
Butiq Anggun D'Sarung
Lot 3525, Jalan Kemuning,
Kg. Bukit Kucing,
45800 Jeram, Selangor.
Tel/Whatsaap : 011-3504 0337

Tiada ulasan:

Catat Ulasan