Jom kita hidangkan Ayam Panggang Lemon Madu untuk seisi keluarga.
Esok atau lusa, pada hari minggu bolehlah jamu keluarga... kalau Amie, cukuplah ayam panggang dengan coleslow dan juga kentang lenyek. Jangan lupa sos lada hitam yang sedap tu...
Bagaimanapun untuk resepi ayam panggang kali ini, Amie tidak sediakan makanan sampingan. Cuma sos lemon sahaja.... maklumlah, pada asalnya resepi ini untuk dimuatkan dalam Majalah SAJI Edisi Ap1il 2016 DI SINI.
Sebaiknya gunakanlah ayam saiz sedang-sedang anggaran 1.5kg - 1.7kg.
Jom kita semak resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar berat
antara 1.5-1.7kg – bersihkan dan toskan
Bahan A:
3cm halia - kisar
3 ulas bawang putih -
kisar
1 sudu besar stok ayam
pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
manis
1 sudu besar lada putih
- ditumbuk
1 sudu besar madu
½ cawan perahan jus
lemon
Bahan B:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan stok ayam
pekat
2 sudu besar madu
Cara:
1. Lumurkan ayam dengan
Bahan A dan perap selama 8 jam dalam
peti sejuk.
2. Panggang di dalam
oven dengan menggunakan suhu 200’C selama 1 jam.
3. Keluarkan ayam panggang,
dan sapu dengan Bahan B.
4. Masukkan kembali ke
dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan
keluarkan.
6. Sedia untuk
dihidang.
Anak-anak lebih suka cicah ayam panggang dengan sos lada hitam, tapi kita saja jew nak padankan dengan sos lemon.... he he he heee....
sedap ni klu ratah...
BalasPadamBahagian wing nampak paling sedap !
BalasPadamBahagian wing nampak paling sedap !
BalasPadamPlease translate in English. Thanks
BalasPadam