Kali ini nak paparkan entri tentang makan-makan pula. Kisah ini dah lama berlalu... tahun lepas... pada tarikh 31 Disember 2015, malam. Kami jalan-jalan cari makan di Happy Steamboat & BBQ King. Sebelum ini kami telah beberapa kali nikmati steamboat di Restoran Titingan. Kata sepakat dicapai, jadi kami yang terdiri daripada Zaiton, Alias, Habibi, Shuan, Vianey, Majit dan Azland bertolak dari King Park Hotel menuju ke tempat tersebut pada sebelah malam. Kalau yang pernah ke Tawau atau tinggal di Tawau tentu tidak sukar mencari restoran ini yang terletak di Jalan Kubota 4, Tawau, Sabah.
Inilah antara pilihan makanan laut yang ditawarkan dengan harga RM35.00 seorang.
Makanan laut yang wajib ada.... udang!
Selain udang, sudah tentulah ketam!
Bukan sahaja ketam tau...
Telur ketam pun ada!
Sotong kembang dan sotong basah juga disediakan.
Makanan laut yang lain termasuklah kerang-kerangan...
Termasuk juga tiram.
Kalau nak rasa rumpai laut....
Ini dia rumpai laut nan hijau.
Yang frozen pun ado...
Yang sumbat-sumbat seafood pun ado.
Ambik sajalah mana yang berkenan di mata dan selera!
Selain pelbagai jenis mee yang seperti mee goreng, mee hoon goreng, nasi goreng pun disediakan.
Pendek kata dengan harga RM35.00 itu kalau nak isi perut banyak-banyak pun tak jadi masalah.
Cuma... yang jadi masalah sudah tentulah perut kita tak dapat nak menampung semua benda yang disediakan.
Pilihlah mana yang dapat memenuhi selera,
Yang siap goreng-goreng pun ada. Ayam goreng, ketam goreng... dan entah apa lagi yang digoreng.
Ketam yang ada telur pun ada... rembat ajelah!
Kita sibuk ambik gambar...
Tak tersedar kawan-kawan yang lain sedang enak menikmati steamboat!
Jom....
Makan sama.
Tak tahu nak pilih mana satu... kita mulakan dengan yang ini dulu... udang! Telur ketam dan sayur sumbat-sumbat!
\
Selamat menjamu selera di Happy Steamboat & BBQ King. In shaa Allah di kesempatan yang akan datang, kita akan bertemu lagi.
P/S : Selain gambar-gambar yang dipaparkan, banyak lagi makanan lain yang disediakan termasuk buah-buahan, minuman dan juga pencuci mulut.
P/S : Selain gambar-gambar yang dipaparkan, banyak lagi makanan lain yang disediakan termasuk buah-buahan, minuman dan juga pencuci mulut.
Salam Amie....cantiknya permandangan..bila la nak sampai ke Sabah nun
BalasPadamTgk gambar juadah pon....semuanya sedap2 belaka !!