Pages

Ahad, 17 Januari 2016

Cuti-Cuti Semporna : Pulau Sibuan Yang Cantik Mempesonakan!


Rasa tak mahu pulang!

Rasa nak mandi-manda di pesisir pantai Pulau Sibuan!

Rasa.... rasa macam di syurga! 
Terpaut dengan keindahan! Terpesona dengan warna alam! Takjub merasai sendiri butir pasir pantai yang halus.... yang menenggelamkan kaki bila kita memijaknya.... ha ha haa maklumlah berat badan sudah mencapai obes tahap 1....ahaks!

 Maha Suci Allah!

Di sana sini kelihatan dengan jelas kombinasi warna alam...hijau, biru, putih! Ini bukan lukisan...bukan lakaran khayalan... tapi sebuah kenyataan! Dunia nyata!


 Pulau Sibuan dari kejauhan.

Kombinasi warna alam...biru laut dalam, hijau di kawasan air cetek dan putih bersih hamparan pasir pantai!



12.20 minit tengahari bot kami mendarat betul-betul di atas pasir pantai! Syukurlah...ingatkan kena meredah air laut untuk sampai ke pantai.... habislah basah kasut dan seluar kami. Sangkaan kami tak betul rupnya. Zaiton macam tak sabar nak masuk pulau... tapi sebenarnya Zaiton sedang  melompat turun dari atas bot!

 Zaiton bantu Cikgu Nozia turun dari bot!

 Alhamdulillah... ada kawalan keselamatan di sini. 



Pulau Sibuan juga merupakan salah sebuah di antara 8 buah pulau Taman Marin Tun Sakaran. Tiada sebarang kemudahan asas disediakan di sini. Kami pun tidak tahu di mana akan berhenti rehat untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong! Gambar di atas : Kelihatan beberapa orang penduduk tempatan sedang duduk di bawah pokok. Mereka ialah suku Bajau Laut atau Pala'u, hidup nomad sebagai penghuni pulau dan tinggal di dalam lepa @ perahu.


Kami sangka akan makan di sini tapi rupanya pejabat Taman-Taman Laut!


Cikgu Alias ambil kesempatan menerangkan kepada kami kedudukan pulau-pulau Taman Marn Tun Sakaran.


Cikgu Zaiton pula mengingatkan kami supaya mematuhi peraturan dan larangan semasa berada di Taman Marin Tun Sakaran.... kah kah kahhh!

Dengan ehsan kakitangan di pejabat tersebut, kami menumpang tempat untuk makan di belakang pejabat. Kebetulan di situ ada sebuah meja dan beberapa buah bangku. Di sebelahnya pula ada sebuah tangki air. Bolehlah cuci tangan di situ. Tandas pun ada di situ tetapi air..... tersangatlah terhadnya! Pesan Amie sekali lagi, kalau nak datang ke sini perut tu biarlah bersih, taklah nak rasa sakit, memulas dan sebagainya. Amie sendiri....akibat minum hampir 1 liter air mineral sejak dari Pulau Bohey Dulang terpaksa menahan hajat.... syukurlah tak terasa sangat sebab asyik berpeluh!

Terima kasih Cikgu Nozia sebab sanggup bersusah payah untuk sediakan bekalan kami. Terasalah sangat sedapnya nasi lemak air tangan beliau! Barangkali disebabkan lapar sangat, tak seorang pun yang bersuara ketika menjamah nasi lemak! Yang ketara... menambah nasi, menambah lauk!

 Alhamdulillah... rezeki Allah!

 Amie belanja beberapa keping gambar di sekitar Pulau Bohey Dulang,











Sama seperti di Pulau Bohey Dulang kecuali aktiviti mendaki bukit... di sini anda boleh mandi-manda dan bersnorkeling jika mahu. Pandai-pandailah nak tukar pakaian, nak bilas badan ke...sebab tak ada disediakan air paip di sini :)

Dalam perjalanan kembali menuju bot, terserempak dengan sekumpulan penduduk asli... Bajau Laut yang sedang berehat beramai-ramai di bawah pokok.

Biasanya selepas pukul 4 petang, laut berombak. Oh! Perjalanan pulang ke jeti Semporna agak berbeza sedikit kerana pukulan ombak yang agak kuat menyebabkan kami beberapa kali dibasahi air laut yang memercik masuk ke dalam bot! Ya..Allah! Perutku kembali kembang kempis.

 Lega rasanya bila menghampiri tanah daratan.

Syukur Alhamdulillah.... selamat sampai ke jeti!

Petang itu juga kami meninggalkan Semporna... kembali ke King Park Hotel, Tawau.
Terima kasih kawan-kawan.
Selamat tinggal Semporna yang sangat sempurna!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan