Pages

Isnin, 7 September 2015

Asam Pedas Ikan Jenahak

Sebut tentang asam pedas, semua kita suka. Yang kuah cair, yang kuah pekat. Yang pedas, yang tak berapa pedas. Yang bubuh daun limau purut, yang bubuh daun kesum, bunga kantan, yang pakai kunyit hidup, masuk belacan ....mmmm semua tak tolak! Sebab bahan asas yang sama itulah agaknya yang buat hidangan asam pedas ini tak lapuk dek hujang dan tak lekang dek panas!


Kawan-kawan yang dah biasa dengan ikan jenahak tentu pandai 'jaga' isinya yang lembut supaya tidak mudah hancur apabila dimasak. Tapi untuk adik-adik yang baru berjinak-jinak ke dapur dan belajar masak asam pedas, jangan masak ikan ini lama-lama tau! Nanti bila dikeluarkan dari kuali atau periuk, bercerai-berai pulak isi dari tulangnya dan kulit-kulitnya sekali... ngeh ngeh ngeh!


Bahan-bahan:
4 keping ikan jenahak - anggaran 800 gram
600 ml air
2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 biji tomato - belah 2
7 batang kacang bendi
2 batang serai - dititik
5 tangkai pokok kesum 
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 sudu teh lada putih - ditumbuk
garam / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis 
 
Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
2 cm halia 
 
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta ikan jenahak. Tambahkan lada putih tumbuk.
4. Masak ikan jenahak di antara 3 hingga 4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.
 
 
Wokeeeyyy.... asam pedas dah siap, sekali harung bubuh tomato dengan kacang bendi sekali. Tunggu nasi putih saja ni.... cukuplah hidangan untuk tengahari! 

3 ulasan:

  1. Uiiii...warna asam pedas ti sexy sungguh menggoda.Ni cicah dengan buras ni,aduh...kecur
    Ikan jenahak ni pulak kan orang kata ikan gred A...isi lunak sedapnya...

    BalasPadam