Pages

Rabu, 8 Julai 2015

Peach Casablanca... adik sepupu Mango Casablanca!

Adapun kisahnya begini....
Pada suatu hari yang panas dan kering, puaslah kami berkeliling bandar mencari buah mangga untuk dibuat Mango Casablanca tapi tak jumpalah buah tu walau sebijik! Akhirnya kami pun putuskanlah untuk membeli buah pic dalam tin... sebagai pengganti buah mangga. Maka jadilah Peach Casablanca. Rasanya pun tidaklah kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Mango Casablanca... kiranya Peach Casablanca ini adik sepupu kepada Mango Casablanca laa.... he he heee! Kalau nak tahu asal-usul Mango Casablanca bolehlah klik DI SINI.
Kalau nak kenal dengan Peach Casablanca, tengok di sini pun dah memadai.


Sesekali sediakan Peach Casablanca sebagai salah satu menu berbuka puasa, tentu terasa enaknya dan ingin untuk terus menikmatinya!


Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
2 tin buah pic - toskan airnya dan hiris nipis
250 gram krim keju
2 tin krim Nestle - (kalau tak jumpa cream Nestle boleh gantikan dengan 250 ml susu cair)
300ml susu pekat manis - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
bekas persegi ukuiran 8" X 8"  atau acuan kesukaan masing-masing

Cara:
1. Pukul krim keju, susu cair dan susu pekat manis menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan pic di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

Kalau buat dalam bekas kecil-kecil begini kerjanya agak remeh sebab nak susun satu persatu, nak patah-patahkan biskut dan sebagainya. Tapi terpulanglah ikut citarasa masing-masing nak buat macamana....

Selain buah pic dan mangga, Amie pernah gunakan hirisan buah kiwi... tapi mangga dan buah pic juga yang jadi pilihan!

 Bolehlah ambil sati sorang... buat bekal buka puasa petang nanti... he he hee...

3 ulasan: