Alhamdulillah.... syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya.
Terima kasih buat anak-anak dan juga Encik Suami kerana tidak cerewet memilih hidangan berbuka puasa. Apa yang Amie hidangkan itulah yang mereka makan tanpa banyak soal. Hampir lewat petang, barulah sempat sediakan juadah berbuka puasa. Masak ringkas-ringkas saja. Sebelum menjelang waktu berbuka, semuanya sudah tersedia. Hidangan utama, Mee Hoon Goreng Seafood, dengan iringan Sup Jagung Isi Ketam dan Koktel Buah-Buahan.
Sup Jagung memang salah satu menu kegemaran anak-anak. Cuma kali ini Amie terlebih rajin, Amie bubuh isi ketam. Biasanya Amie beli isi ketam sebab malas nak korek isi ketam. Jadi, dalam masa yang singkat, mudah sangatlah kerja menyiapkan sup ini. Untuk lebih enak, Amie tambahkan setengah sudu makan stok ayam pekat. Cukuplah rasanya tu, sebab jagung krim pun sudah ada perasanya yang tersendiri. Kalau anda rajin, gunakanlah air rebusan ayam untuk rasa yang lebih segar dan lazat!
Amie kongsikan resepinya di bawah ini. Sebenarnya kalau kita ada simpanan jagung krim, dan sebiji telur, sudah mencukupi untuk membuat sup jagung yang ringkas. Fairuz dan Fuad pun pandai buat sup begini, sebab selalu tengok Amie buat kot he he hee....
Bahan-bahan:
1 tin jagung krim
1/2 cawan isi ketam
300 ml air
1 biji telur - pukul ringan
1/2 sudu makan stok ayam pekat
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 20ml air
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan jagung krim bersama isi ketam.
3. Setelah mendidih sekali lagi, tambahkan stok ayam pekat. Kacau sebati.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan terus kacau sehingga kuah hampir pekat.
5. Tuangkan sedikit demi sedikit telur, tangan kiri menuang telur, tangan kanan teruskan mengacau sup jagung sehingga habis telur yang dituang tadi.
6. Segera padamkan api dapur.
7. Sup Jagung Isi Ketam sedia untuk dihidangkan bersama bahan hiasan yang disukai.
Koktel Buah-Buahan ini juga mudah untuk disediakan kerana hanya tuangkan segala bahan dari dalam tin ke dalam mangkuk besar.Tak perlu tambahkan sebarang manisan lagi sebab air buah sudah cukup manis.
Amie gunakan dua tin buah laici, 1 tin buah pic, serta dua tin susu cair. Kemudian Amie tambahkan ketulan ais batu untuk menjadikannya lebih sejuk, dan segar bila diminum. Senang saja kaaannn...... terasa harumnya buah laicinya tu apabila dinikmati!
Wokeyyy.... jumpa lagi.
assalamualaikum Mie, aduuuuhh mengancam semua nya, tang ketam tu best giler kalau dpt, koktel apa lagi sejukkkkkkk je masyukkk molot
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamÇok güzel .elinize sağlık
BalasPadamserius x penah rasa bubur jgg ketam tu
BalasPadamnice sharing. .
ps:akak muak tak sbb ada jgung,isi ketam, telur..
Assalam Amie..
BalasPadamSamalah dengan suami & anak2 ratna... apa yang kita masak.. itulah yg mereka makan tanpa byk soal.. kami tiap2 tahun berbuka simple2 aje... jarang masak nasi berlauk.. tp suami lebih suka makan juadah lain jenis2 mee... mcm bihun sup ke, bihun goreng, mee atau kuetiaw goreng. Kalau ada nasi pun mgkin nasi ayam atau nasi goreng... masak nasi putih utk sahur je...
hidangan amie nampak menyelerakan... sup jagung tu paling mengancam.. anak2 ratna mesti suka tu.. hihi..
Salam Amie,
BalasPadamHidangan begitu menyelerakan!