Assalamualaikum teman-teman....
Terima kasih masih sudi berkunjung ke dapur maya ini, yang telah bercuti seminggu lamanya. Tuan dapur balik kampung menziarahi keluarga, menziarahi pusara adinda kami yang dikasihi... walaupun tidak sempat menatapnya buat kali terakhir, namun doa dan kasih sayang ini mudah-mudahan disampaikan oleh-Nya kepada arwah... in shaa Allah.
Kalau diikutkan hati, memang nak tidur sepanjang hari ini, maklum letih seharian mengharung jalan darat dan udara sehingga ke malam. Firdaus pula sebaik sahaja nampak kelibat Amie menghampiri pintu keluar lapangan terbang, terus meluru sambil memanggil-manggil. Oh! Rindunya.... dan sepanjang dua jam perjalanan dari lapangan terbang ke rumah, Firdaus tak mahu lepas dari pangkuan. Bangun pagi, asyik minta didukung. Tak bolehlah Mommy buat apa-apa ye sayang.... Bila puas dipujuk, barulah dia mahu bermain dengan abangnya Fairuz, dan dapatlah Amie menyelinap sebentar ke dapur.
Fairuz... entah berapa kali bertanya sejak malam tadi, dalam kereta pun asyik bertanya: Esok Mommy masak tak?
Kesiannya anakku... rindu air tangan Mommy rupanya.
Kesiannya anakku... rindu air tangan Mommy rupanya.
Okeylah... mari kita selongkar dapur yang sudah lebih 7 hari ditinggalkan. Kita carilah apa bahan yang ada, yang boleh diolah untuk hidangan anak-anak.
Ada sebungkus ikan tenggiri dalam peti sejuk, yang sudah dipotong berkeping-keping... lengkap ada kepala sampai ke ekor. Eloklah ambil beberapa keping isinya, kita panggang untuk hidangan tengahari. Amie gabungkan cara masak timur dan barat he he heee... perap cara barat tambah serbuk kunyit sikit, cicah dengan sambal kicap cara timur.
Bahan-bahan:
3 keping isi ikan tenggiri
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu teh lada hitam tumbuk
1/2 sudu teh sebuk kunyit
garam secukup rasa
Cara:
1. Perap ikan tenggiri bersama jus lemon, lada hitam, minyak zaitun dan garam selama 10 minit.
2. Panggang di atas grill pan sehingga masak.
Untuk sambal kicapnya pula, Amie buat ikut cara tempatan iaitu tumbuk bawang putih bersama cili padi hingga lumat. Kemudian tambahkan kicap Cap Kipas Udang dan perahkan jus limau kasturi. Siap!
Kurang makan ikan, tapi tengok persembahan gambar-gambar diatas ni membuatkan diri ini lapar. Phew!
BalasPadamsedapnya Mie, tapi tkde tenggiri lah, nak tiru sambal kicap lah mcm sedapppppppp je
BalasPadamPojie,
BalasPadamtq... jom makan ikan banyak2...
Kak Noor,
ya Kak Noor... sambal begini sedap bah...