Pages

Isnin, 11 Mei 2015

Bingka Ubi Kayu Jadi Rebutan!

Amie jarang buat Bingka Ubi, tapi suka sangat makan kalau terhidang depan mata! Masa kecil-kecil dulu, selalu tengok Bonda parut ubi kayu waktu petang atau malam sebelum tidur. Iyolaaa... kami kan anak kampung, sudah tentunya setiap pagi hidangan sarapan kami tidak lari dari hasil tanam-tanaman di kebun. Kalau Bonda dah memarut ubi memang tahulah kami apa hasilnya nanti. Kalau kami nampak ada daun pisang dan gula merah, maknanya esok paginya kami akan sarapan lepat ubi. Kadang Bonda kukus parutan ubi setelah ditambah dengan bahan-bahan seperti gula dan sebagainya, dan kemudian ada kelapa parut maksudnya kami akan menikmati bingka ubi kukus yang nantinya setelah dipotong-potong, akan bergoleklah kepingan bingka ubi tadi di atas parutan kelapa. 
Wokeeyyy... petang ini Amie kongsikan resepi Bingka Ubi Kayu yang jadi rebutan antara Amie dengan Encik Suami. Nak tahu kenapa jadi rebutan, kenalah bersabar menatap entri ini hingga ke noktah terakhir... ahaks!

Ini kerja orang malas memarut! Takut jari luka sebenarnya.... sebab dah berpuluh tahun tak memarut... ha haaa ayat orang mengada-ngada sebenarnya ni kaaan! Jadinya, Amie potong ubi kecil-kecil dan kemudian kisar. Lepas tu perah air ubi. Air perahan ubi tadi jangan dibuang terus. Biarkan seketika dan kemudian tuangkan airnya dan akan kelihatanlah mendakan sagu ubi di bawahnya. Ambil sagu ubi tadi dan campuran kembali bersama adunan bingka. Jomlah kita tengok resepi yang jadi rebutan antara Amie dan Encik Suami itu....

Bahan-bahan:
5 cawan parutan ubi yang telah diperah airnya
5 biji telur gred B
2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat + 1 1/2 cawan air
sudu makan marjerin - cairkan
1/2 sudu teh garam
loyang bulat 9" yang telah dilengser dengan marjerin


Cara:
1. Campurkan ubi kayu parut bersama telur, santan, gula pasir, marjerin, dan garam.
2. Tambahkan pati ubi kayu  atau sagu ubi hasil mendakan air perahan ubi kayu tadi.
3. Gaul sebati.
4. Masak adunan di dalam periuk menggunakan api sederhana sehingga adunan menjadi pekat.
5. Tuang adunan ke dalam loyang.
6. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 170'C (mengikut kepanasan oven masing-masing).

He he heee.... apa sebab Bingka Ubi jadi rebutan? Sebab sedaplaaaa..... teksturnya yang halus, lembut sebab dikisar (hasil kerja orang malas memarut!). Satu lagi, sebelum dibakar, adunan ubi kayu dimasak dahulu sehingga pekat, dan hasilnya nampak garing diluar tapi lembut di dalam.... aci tak kalau jadi rebutan? Encik Suami dah bawa separuh Bingka Ubi ke kampung, lepas tu dia nak bawa  bekal pula ke sekolah. Amie pun sama.... rebut punya rebut, akhirnya kami sama-sama terlupa nak bawa bekal ke sekolah... ha haaaa....! Tak apalah, sebab terlupa nak bawa.... dapat juga ambil gambar kongsi di sini.

5 ulasan:

  1. Waaa... bingka ubi mu buat ku terlior la Amie... nyum2x

    BalasPadam
  2. amies..1st time jengan blog awak.. rase st kagum dgn kesungguhan awak berkongsi resipi. mcm mane awak boley pandai memasak? sy x pandai memasak @ pn sy mlz nk masal..malu sndirikn :(

    BalasPadam
  3. Amie...sedapnya! Saya sangat suka bingka ubi kayu. Kalau kerak garing lagi sedap!

    BalasPadam
  4. walahhh..enak ei ki mbak ayu...kok kemecer aku nang kenei..

    BalasPadam
  5. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    BalasPadam