Pages

Ahad, 15 Mac 2015

Kek Kukus Buah Paling Sedap Pernah Kubuat!

Macamana nak gambarkan betapa enaknya hasil air tanganku kali ini? Kek kukus buah-buahan yang rasanya sungguh lazat, lembut.... oh! Sungguh menepati citarasa. Citarasa Amie, yang selama ini tertanya-tanya dan selalu memikirkan bagaimanakah caranya untuk menghasilkan kek kukus yang sedap... sesedap sekeping kek buah untuk para penumpang domestik dalam pesawat MAS suatu masa dahulu.... dan bukannya sekarang sebab MAS tidak lagi menghidangkan kek seumpama itu (beberapa kali ulang-alik KK-KL-KL-KK) sejak tahun lepas.
P/S : 
Abaikan rupa paras kek ini yea.... ahaks!

Encik Suami bukanlah penggemar kek terutama kek yang rasanya manis, tetapi  dia sendiri teruja melihat kek buah kukus di atas meja. Setelah menikmatinya sepotong, Encik Suami terus berkata : Boleh tak hantar sedikit ke kampung? Di kesempatan itulah Amie bertanya: Sedap tak? Jawabnya: Sedap! Macam kek buah yang kita makan dalam kapal terbang, tapi ini lagi lebih sedap!
Ha... dengar tu? Tak ke kita terus kembang macam belon terbang ke udara buat seketika? Oh...! Berbaloi-baloi rasanya mengukus kek buah ini berjam-jam lamanya, dan kemudian sabar menunggu selama dua hari untuk memotongnya! Dan rasa sangat berpuas hati sebab menghabiskan banyak masa study tentang kek buah kukus! Mmmmm... nampaknya kek buah kukus ini masuk senarai sebagai salah satu hidangan hari raya tahun ini!

Amie tidak gunakan sepenuhnya buah-buahan campuran biasa, sebaliknya Amie lebihkan penggunaan buah longan kering.... sebab Amie suka sangat makan buah longan kering! Amie tambahkan susu tepung dalam adunan, dan dari masa ke semasa Amie ingin perbaiki kualiti kek buah kukus ini.... sebab Amie tidak kukus cukup 4 jam! Disebabkan letih dan mengantuk, Amie cuma kukus selama 3 jam 30 minit sahaja! Itu pun hasilnya sudah cukup memuaskan, tapi kalau sampai 4 atau 5 jam mengukusnya tentu hasilnya lebih lagi!
Jom tengk resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan: 
275 gram tepung gandum
250 gram mentega tulen
200 gram gula kastor
3 sudu makan susu tepung
3 biji telur gred B
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh krim tartar
1/2 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh esen lemon
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan A:
200 gram longan kering - cincang kecil-kecil
50 gram buah-buahan kering
3 sudu makan pekatan oren sunquick

Bahan B:
100 gram gula pasir
1/2 cawan air panas

Cara:
(Sediakan terlebih dahulu pengukus dan didihkan air.)
1. Ayak tepung gandum bersama susu tepung, soda bikarbonat dan krim tartar sebanyak 2 kali.
2. Gaul sebati Bahan A dan ketepikan.
3. Pukul mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen lemon, esen vanila dan serbuk pala.
4.  Pada masa ini bolehlah masak Bahan B iaitu gula pasir bersama air panas untuk dijadikan karamel.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bila telah sebati, keluarkan mangkuk adunan dari mesin pemukul.
6. Masukkan buah-buahan kering dalam adunan dan gaul sebati.
7. Seterusnya masukkan gula hangus yang masih panas dan gaul menggunakan spatula dengan pantas.
6. Tuang adunan di dalam loyang bulat ukuran 7" yang telah dilengser dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak. 
7. Tutup dengan aluminium foil.
8. Kukus selama 4 jam ... Amie kukus 3 jam 30 minit saja sebab tak larat nak tunggu!
9. Biarkan sekurang-kurangnya 2 hari supaya kek menjadi mesra sebelum dinikmati!
Jemput makan... ambil sepotong aje tau... sedapnya!!!!!

2 ulasan:

  1. cantik gambar, boleh buat perut lapar!

    BalasPadam
  2. Masa kecik-kecik dulu saya selalu ikut-ikut kakak masak kek kukus macam ni. Tapi tak pandai nak buat sendiri. Ahhh suka nak makan.

    BalasPadam