Pages

Selasa, 3 Mac 2015

Acar Buah Bambangan

Leka mengutip buah berangan,
Dipanah mentari kilat memancar,

Terlihat bergolek buah bambangan,
Baiklah mari kubuat acar.


Ada 2 biji buah bambangan di dalam bakul di sudut dapur. Dari sehari ke sehari kulitnya semakin menyusut, aromanya semakin menghilang. Hanya dijeling-jeling dengan ekor mata.... padahal sewaktu membelinya di Kundasang bukan main terujanya nak buat sambal itu ini....

Petang kelmarin, sambil memanggang ikan cencaru... tiba-tiba tergerak hati untuk mengupas buah yang terbiar itu. Hiriskan itu ini, tambah itu ini... Akhirnya jadilah Acar Buah Bambangan. Bila diletak atas meja, Encik Suami terus meratahnya....
Bahan-bahan:
1 biji buah bambangan - kupas kulit dan cincang isinya
1 kuntum bunga kantan - hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris nipis
10 biji cili padi - hiris nipis
5 biji bawang merah - kupas kulit dan hiris nipis
2 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
2 sudu makan cuka
1/2 cawan kacang gajus goreng - tumbuk kasar

Cara:
1. Campurkan cincangan isi bambangan, bunga kantan, cili hijau, cili padi, dan bawang merah dalam sebuah bekas.
2. Tambahkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati hingga mesra.
3. Taburkan kacang gajus tumbuk ketika menghidangkannya.

10 ulasan:

  1. tertelan air liur sendiri bah tengok bambangan ni Mie, dah macam rojak la pulak kan ada kachanggg tu

    BalasPadam
  2. Masya'Allah..
    Inilah kali pertama K.Sham baca 'buah bambangan'.
    Memang kena google jugak la utk more info.
    T.kasih Amie sudi kongsi info.

    BalasPadam
  3. 1st time dgr nama buah bambangan..nnt kna tnya cik google rupa parasnya hehee..
    nmpk sedap acar kak amie..rs nk terkam jee hehehe

    BalasPadam
  4. Kerana entri ni, gigih saya pegi Google. Rupanya macam buah mangga tapi kulit sedikit keras, warna coklat macam ciku. Isi macam buah kuinin.

    Wahhh yang muda tu sedap la buat acar. Kena rajin belajar lagi ni...

    BalasPadam
  5. Assalam kak amie..nmpk menarik acar buah bambangan tu.
    Kalerful gitew
    Saya tak pernah tengok lg buah bambangan ni camana rupa parasnya..atau pun kat tempat saya lain nama panggilannya

    BalasPadam
  6. Baca pun dah terliur, mesti sedap tu kan

    BalasPadam
  7. wah, sedapnya wana tengok tu membangan kak amie..adei, terliur baa... :)

    BalasPadam
  8. Kak Noor,
    kacang tu sesaja je nak goda Kak Noor ha hahahaa...

    Shamsiah,
    tak pa... tambah info.

    Yana,
    entrei sebelum ini pun Kak Amie pernah paparkan sambal bambangan.

    BalasPadam
  9. Azieazah,
    ya... betul tu... kulitnya keras, isinya kaau tua bersabut.

    Lina,
    waalaikumussalam....
    agaknya ada nama lain kot..

    Suriya,
    bagi yang menyukainya... tentu sedap.

    Bbwana,
    susah sikitlah nak dapat buah bambangan...

    BalasPadam
  10. Salam Amie..
    sedapnya nmpk acar buah bambangan..
    sama ke buah ni dengan buah macang?

    BalasPadam