Hasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu pada mulanya dicetuskan oleh Cikgu Abdul Munim Khan... kalau tak silap akhir September 2014 atau awal Oktober 2014....
(Gambar Cikgu Abdul Munim Khan diambil pada 2013: ketika pertandingan masak-masak)
Hasrat Cikgu Abdul Munim disambut baik oleh Cikgu Johnny Gitom... nuuuun di belakang yang sedang meratah sayap ayam ( gambar ketika perkhemahan di Hutan Simpan Taliwas 2012). Pada mulanya Cikgu Munim dan Cikgu Johnny (yang kebetulan duduk berhampiran dengan Cikgu Kamsiah) mempelawa Cikgu Kamsiah untuk turut serta, dan kemudian Cikgu Johnny maju ke hadapan, mendekati meja Amie.
"Marilah... kita naik gunung ramai-ramai..." kata Cikgu Johnny.
Dan bermulalah janji antara Amie dengan Cikgu Kamsiah."Janji ye... jangan tak jadi pergi, kena bagi semangat antara kita!" Itu antara kata-kata kami berdua.
"Dah lama tak naik gunung... terakhir lebih 20 tahun lalu!" ujar Amie.
"Saya lebih 15 tahun lalu..." sahut Cikgu Kamsiah.
"Saya pun sama.... sekali saja naik, ni nak naik kali kedua... dah lebih 10 tahun tak naik gunung," celah Cikgu Munim.
"Aku duduk saja di bawah gunung tunggu kamu semua naik gunung, " kata Cikgu Johnny pula.
"Aiiikk... apasal duduk bawah gunung pulak?" tanya Amie.
"Akukan ada diabetis... ada darah tinggi lagi. Lagi pun aku dah pernah naik." jawab Cikgu Johnny.
"Kita kena cari orang lagi ni, biar daki ramai-ramai," katanya lagi.
"Nanti aku urus semua perjalanan ke sana," ujarnya lagi.
Tabik....! Tabik untuk Cikgu Johnny, mantan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah kami.
Amie & Cikgu Kamsiah : pagi 15 Februari sebelum mendaki Gunung Kinabalu.
"Masih ada masa buat persediaan mendaki. Cadangnya kita pergi masa cuti bulan Mac tahun depan (2015)," ujar Cikgu Abdul Munim.
"Yaaa... ada 5 bulan ... boleh bah jogging-jogging dulu... kasi kuat stamina, " sambung Cikgu Johnny.
Amie pandang Cikgu Kamsiah. Cikgu Kamsiah pandang Amie.
"Boleh bah kan.... saya ni kalau jadi ikut kali ketiga naik gunung," kata Cikgu Kamsiah.
"Saya pun kali ketiga juga, " jawab Amie.
" Uiii... uiii kali ketiga sudah... saya baru naik sekali, " sampuk Cikgu Abdul Munim sambil senyum-senyum.
Cikgu Abdul Munim.... Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang kami sayangi.... menyenangi sifat sabarnya yang tiada tolok bandingan, sentiasa tenang dan senyum walau dalam apa jua keadaan. (Gambar di atas yang sempat Amie rakam... gambar ini Cikgu Munim suka sangat tengok, Cikgu Abdul Munim bersama isteri, Puan Jumiah Tee, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu dan anak-anak mereka sewaktu perkelahan di Hutan Simpan Taliwas).
Dia... seorang guru senior, berjawatan sebagai penolong kanan, tapi lebih sebagai sahabat, sebagai seorang abang ... dan paling banyak menyelamatkan keadaan di sekolah kami. Biar sesibuk mana pun, beliau sentiasa akan bersama, baik menyiapkan tugasan sekolah atau aktiviti kokurikulum, dan juga aktiviti lain.
Sekadar mengimbas kenangan .... untuk seronok-seronok... Cikgu Munim ikut pertandingan memasak, walaupun sebenarnya kami (ketika itu Amie masih dalam barisan pentadbiran) tidak ikut bertanding, tapi tetap turut serta untuk memeriahkan suasana.
Maka...
Mulalah kami mencanang sana sini mengajak sesiapa yang ingin turut serta mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu!
Satu demi satu nama mula tersenarai untuk menyertai ekspedisi tersebut....
Misa
Mimie
Along
Jill
Jamasri
Bell
Akmi
dan lagi... lagi....
Satu demi satu nama mula tersenarai untuk menyertai ekspedisi tersebut....
Misa
Mimie
Along
Jill
Jamasri
Bell
Akmi
dan lagi... lagi....
Sehinggalah bermulanya cuti sekolah pada 22 November 2014, Amie terpaksa meninggalkan sekolah seawal 18 November kerana ada tugas rasmi di Tawau, dan kemudian tergesa-gesa terbang bersama keluarga untuk bercuti selama 10 hari di kampung.
Dengan takdir Ilahi....
Pada 30 November 2014.
Menjelang tengahari, ketika Amie sedang masak di dapur (ketika itu di kampung Bonda di Selangor), Encik Suami menjawab panggilan telefon dari adiknya dan terus bersuara dari atas tangga dapur.... tak sempat mendekati Amie.
"Cikgu Munim meninggal dunia di Bali."
"Haaa.....?"
Hening!!!!!
Dan kemudian baru Amie sedar... panggilan demi panggilan telefon dari kawan-kawan dari LD Amie tidak dapat dengar sebab telefon tersimpan dalam beg tangan di ruang tamu!
AMLAPURA,
BALIPOST.com-Seorang warga Malaysia tewas setelah melakukan penyelaman
bersama empat rekannya di ship wreck (bangkai kapal) USS Liberty Glo
atau USAT Liberty di Perairan Tulamben, Kubu, Karangasem, Minggu
(30/11/2014). Korban bernama Abdul Munim bin Haji Wahid (47) asal Sabah,
Malaysia menghembuskan napas terakhirnya di perjalanan saat akan dibawa
ke Puskesmas Kubu I. Korban diduga tewas akibat kelelahan melawan arus
atas, saat hendak kembali ke pesisir pantai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan