Pages

Rabu, 14 Januari 2015

Sedapnya Talam Ubi Kayu Gula Merah!

Seronok berguru dengan Puan Hasma Noor Basir! Satu demi satu resepinya Amie cuba, dan satu demi satu itu pulak hasilnya menjadi dan memuaskan hati. Tak rugi Amie bertekun membaca berulangkali panduan serta resepi yang Puan Noor Hasma turunkan. Mudah-mudahan Puan Hasma Noor Basir sentiasa sihat dan akan terus menyumbangkan pengalaman dan idea terutamanya resepi-resepi tradisional.
Walaupun Amie pernah membuat talam ubi kayu sebelum ini, tapi Amie teruja nak cuba resepi dan cara olahan yang diperturunkan oleh beliau.


Sayangnya, gula merah dalam simpanan Amie hanya ada 100 gram, sedangkan dalam resepi sebenar gula merah yang digunakan sebanyak 300 gram bersama 100 gram lagi gula pasir. Amie tambahkan 200 gram gula melaka dan 100 gram gula pasir. In shaa Allah kalau ada gula merah (susah nak dapat di sini) Amie akan cuba buat sepenuhnya, dan rasanya warnanya tentulah lebih terang berbanding warna campuran gula merah, gula melaka dan gula pasir yang Amie gunakan seperti di bawah.
Satu lagi yang ingin Amie kongsikan di sini ialah cara Puan Hasma menyediakan Lapisan Bawah kuih ini  ialah ubi kayu yang telah diperah ditambah dengan 300ml air dan dikisar. Kemudian disatukan dengan tepung jagung, gula merah serta gula pasir / putih dan dijerang di atas api sederhana sehingga hampir pekat. Selepas itu barulah dituang ke dalam loyang yang dialas  dengan daun pisang untuk dikukus.

Apa pun Amie berpuas hati dengan hasilnya sebab ada perbezaannya berbanding yang pernah Amie buat sebelum ini. Apa bezanya ya? He hehheee.... bahagian bawah talam ubi ini nampak lebih halus dan mulus... betul tak ? Atau Amie yang perasan.... tapi, memang benar... rasanya pun lebih lembut!
Kita lihat resepinya yang asal di bawah ini.

Lapisan Bawah:
1 kg ubi kayu - kupas - parut dan perah airnya dengan kain muslin menjadi lebih kurang 3 cawan
300 ml air
50 gram tepung jagung
300 gram gula merah
100 gram gul putih / pasir
400 ml air
3 helai daun pandan 
(Masak gula merah, gula putih / pasir bersama 400ml air dan daun pandan hingga gula larut, dan kemudian tapis)

Lapisan Kepala:
80 gram tepung beras
400 gram kelapa parut - tambah 5 cawan air - kisar halus - perah santannya
2 sudu makan tepung kacang hijau atau 3 sudu makan tepung jagung
1 1/2 sudu teh garam halus

Cara:
1. Sediakan loyang berukuran 14", dan alas dengan daun pisang, lengserkan sedikit minyak.
2. Sediakan adunan Lapisan Bawah dengan mengisar pasrutan ubi kayu dengan 300 ml air. Satukan degan air gula dan tepung jagung di dalam periuk tebal.
3. Jerang di atas api sederhana, kacau hingga hampir pekat.
4. Tuang ke dalam loyang, kukus selama 30 minit.
5. Apabila masak, gore permukaannya dengan garfu.
6. Sementara itu, sediakan adunan Lapisan Kepala dengan menyatukan tepung beras, santan, tepung kacang hijau (atau tepung jagung) dan garam halus.
7. Gaul sebati dan jerang di atas api sederhana panas hingga naik wap.
8. Tuang ke atas Lapisan Bawah, kukus di atas api kecil selama 40 minit.
9. Sejukkan sebelum dipotong.


Sambutlah salam berkenal-kenal,
Duduk di bangku berkias-kiasan,
Jamah sepotong kuih tradisional,
Talam ubi kayu resepi warisan.

9 ulasan:

  1. alamak sedap ni... da lama tak jumpa kueh ni.. yum yumm

    BalasPadam
  2. Salam Amie.... nampak sedap talam ubi kayu gula merah tu.... cantik pulak kejadiannya.

    BalasPadam
  3. rajin cgu Amie ni kan jeles me lah

    BalasPadam
  4. Wah!!!Sedapnya kuih tradisnol ni...klu ubikayu kuning..lg terang warnanya kan Amie

    BalasPadam
  5. uwaaaa.. antara kuih feveret nii.. sedapnyerr... bila laa pokok ubi kayu tun nk besar nih.. hehe

    BalasPadam
  6. Rajinnya Amie... talam ubi ni nampak pun sedap!

    BalasPadam
  7. Selamat Berpuasa semuanya. Alhamdulillah. Saya cuba resepi ini semalam untuk berbuka dan amat membanggakan. Enak dan lemak sekali. Bertukar juadah dan makanan sesama jiran tetangga di bulan Ramadhan adalah amalan yang lazim di lakukan walau di mana berada tidak kira Malaysia dan Singapura. Syabas Puan Amie dan terima kasih amat sangat diatas resepi yang telah dikongsikan bersama. Syukur Alhamdulilah.

    BalasPadam