Pages

Jumaat, 30 Januari 2015

Resepi Mudah : Ayam Goreng Berlada

Anak puyuh terlari-lari,
Sampai ke kolam mendabik dada,
Apa menu hidangan tengahari,
Masak Ayam Goreng Berlada.

Jemput makan... 
Sepinggan nasi putih panas dengan lauk Ayam Goreng Berlada... sampai terlupa nak masak sayur sebab tak sabar nak rasa masakan ayam tu! Bukan apa... dah lama sangat tak masak begini. Mudah, cepat tapi sodaaappp!

Kalau nak cuba, dipersilakan dengan segala senang hati. Jangan risau, tak banyak bahan yang digunakan. Cuba tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 8 bahagian - perap seketika dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit
5 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang serai - dititik
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar (jangan terlalu halus):
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm halia

Cara:
1. Goreng daging ayam hingga separuh masak.
2. Gunakan 4 sudu makan minyak bekas gorengan ayam tadi, dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan serai dan terus tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam goreng dan bancuhan air asam jawa.
5. Masak dengan api sederhana panas sehingga kuah lada menjadi pekat dan daging ayam masak sempurna.
6. Masukkan bawang besar daun limau purut, garam / gula / perasa pilihan.
7. Gaul seketika sehingga daun limau purut mengeluarkan aroma dan berubah warna.
8. Padamkan api dapur.


Terima kasih anak-anakku kerana mengatakan masakan Ayam Goreng Berlada ini sedap! Alhamdulillah....

8 ulasan:

  1. Drooling tengok gambar makanan yang Kak Amie post!

    BalasPadam
  2. Saya pun suka masak ayam cara ni kak Amie...memang sedap betul klu pedas...bertambah2 nasi kan...

    BalasPadam
  3. Pojie,
    jemput... makan sama.

    Rahel,
    itu yang bahayanya kan Rahel... sampai menambah-nambah nasi ha hahaha

    BalasPadam
  4. Salam singgah di hujung minggu sis...sedapnya...boleh cuma ni utk menu tengahari ni...hihi

    BalasPadam
  5. Masakan ayam ini sungguh menyelerakan!

    BalasPadam
  6. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    BalasPadam
  7. Salam, ni guna cili api ke atau cili panjang tu?

    BalasPadam
  8. Farah,
    cili merah maknanya cili hidup yang panjang tu.

    BalasPadam