Pages

Selasa, 20 Januari 2015

Ole-Ole Abang Farid Untuk Kami Sekeluarga

Farid bercuti selama 5 minggu. Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, tak habis-habis dia menyatakan rasa rindunya..... lamanya saya tinggalkan LD katanya. Saya nak duduk selama-lamanya di LD dan macam-macam lagi. Sepanjang cuti ini katanya akan dihabiskan dengan membaca, sebab selama empat bulan lebih di kampus, dia tidak berkesempatan membaca. Membaca apa tu sampai tak ada kesempatan? Oh! Rupa-rupanya membaca novel!

Untuk kami sekeluarga, Farid belikan ole-ole pilihannya....

 Buku untuk Firdaus. 
Bukan main suka lagi Firdaus dapat buku pemberian Abang Faridnya.

 Serius benar nampaknya Firdaus membelek isi kandungannya ha hahahaa....

Untuk Fairuz dan Firdaus, Abang Farid belikan jam tangan.
Untuk Encik Suami, Abang Farid belikan tali pinggang.... Encik Suami senyum-senyum saja. Amie kata... pandai abang Farid beli ole-ole untuk kita ye....

Untuk Amie....
Dia tahu apa kegemaran kita.... dia pun tahu kita suka cuba pelbagai resepi. Dan dia pun tahu kita suka kumpul buku resepi. Jadi... dibawanya pulang tiga buah buku masakan di atas tu.... Terima kasih abang Farid.

Dia tahu kita tak berapa cemerlang dalam bab deko mendeko, terutamanya cup cake yang comel-comel ni.... Dia pun belikan kita satu set buku resepi cupcakes, yang lengkap beserta acuan silikon di bawah ini.... ada nozzlenya sekali.

Biar apa pun..... 
Yang penting ingatan dan ikatan kekeluargaan itu bertambah erat!

7 ulasan:

  1. bagus kak, walaupun anak semua lelaki diorang faham kesukaan orang perempuan mcm akak.

    BalasPadam

  2. betul Amie..yg penting ingatan untuk keluarga itu lebih besar nilainya dari ole2 yg diberi. Semuga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin.

    BalasPadam

  3. betul Amie..yg penting ingatan untuk keluarga itu lebih besar nilainya dari ole2 yg diberi. Semuga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin.

    BalasPadam
  4. terharu..masa baca ni pun acik dah sedih..kalau anak2 belikan ole ole balik dari berjalan memang acik rasa sedih sangat..pelik kan Amie

    BalasPadam
  5. Nasa Mulia,
    he hehhee... agaknya itulah yang dia ingat sebab selalu tengok kita suka belek buku resepi....

    Ita,
    ole-ole itu sebenarnya dia nak luahkan ingatan terhadap kita walaupun kita tak minta / harap...

    Acik,
    sedih tu mungkin dari rasa terharu Acik... tu yang buat kita sebak ye Acik.... tak bagi pun tak apa, bagi walaupun sekecil serendah mana harganya pun kita sangat menghargainya... sebab ingatan itu tiada nilainya....

    BalasPadam
  6. Bagusnya Farid. Anak lelaki selalunya jarang nak beli ole-ole macam tu.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Amie. Suka saya tengok gambar firdaus, sentiasa membuat saya tersenyum. He is so cute!

    BalasPadam