Pages

Ahad, 4 Januari 2015

Kek Coklat Lembab Yang Harum dan Comel!

Agak lama juga tak buat kek... baik kek kukus atau yang dibakar. Bila cuaca asyik mendung dan hujan turun pagi hingga petang, rasa nak tarik je selimut.... tidur! Tapi mengenangkan anak-anak yang cepat lapar dalam situasi begini, Amie cuba buat kek coklat yang memang digemari anak-anak.
Amie gunakan resepi dari buku masakan Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah, tapi Amie ubahsuai sedikit dengan tidak gunakan emulco coklat sebaliknya Amie gantikan dengan emulco coffee. Dalam resepi asal, kek ini dibakar tapi Amie gunakan kaedah kukus.

Bahan-bahan:
150 gram tepung gandum- diayak
4 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar emulco coffee
100 gram serbuk koko
400 gram susu cair
200 gram minyak masak
250 gram susu pekat
200 gram gula kastor

Cara:
1. Campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat manis dan gula kastor.
2. Masak sebentar adunan di atas api kecil sehingga gula hancur. Ketepikan.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat.
5. Masukkan emulco coffee dan gaulkan hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan pilihan : Oleskan sedikit minyak dalam acuan (acuan kecil) dan alaskan dengan kertas minyak (jika anda gunakan loyang). Amie gunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan acuan besar, boleh gunakan loyang berukuran 9" X 9" dan bolehlah dibakar dalam ketuhar dengan kepanasan 150'C selama 45 minit atau sehingga masak.

Anak-anak anda pasti menggemarinya sebab kek coklat ini sangat sedap dan nampk comel! Sebaik sahaja Amie keluarkan dari kukusan, Firdaus sudah tidak sabar-sabar untuk makan.... habis 3 ketul dimakannya!

Terlebih tidur wajah pun sembab,
Ingin tersenyum terkulat-kulat,

Hitam manis lemak dan lembab,
Air tanganku kek kukus coklat.

2 ulasan:

  1. kek coklat..memang tak jemu makan kan kak amie..

    BalasPadam
  2. eiii..geramnya saya tengok kek comel macam ni...nampak sedap! saya nak resepinya ya!

    BalasPadam