Pages

Sabtu, 20 Disember 2014

Sedapnya Ikan Jenahak Masak Sup!

Malam semalam Encik Suami suarakan keinginannya nak makan sup ikan jenahak hitam. Katanya tentu sedap kalau bubuh batang celery.  Petang tadi sempat menyelinap ke dapur ketika Firdaus sedang tidur. Ketika Encik Suami pulang dan terus masuk dapur, sup sedang mendidih di atas dapur. Haruuuummmm.... Pada masa yang sama Firdaus pun mengekori Encik Suami dari belakang... ha hahah memang cium bau betul Firdauskan! Dalam tidur pun dia boleh tahu ayahnya pulang!

Amie masak ringkas saja. Tapi bila dah siap masak, tak sabar nak hirup kuahnya!

Bahan-bahan:
3 keping ikan jenahak hitam
800 ml air
2 batang celery - potong serong sepanjang 3 cm
1/2 batang lobak merah - potong bulat
3 cm halia muda - hiris nipis
1 labu bawang besar - belah 4
2 ulas bawang putih - pecahkan
1 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu makan serbuk pati ayam

Cara:
1. Masukkan air dalam periuk dan masak atas dapur.
2. Masukkan batang celery, lobak merah, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila air telah mendidih, masukkan ikan jenahak hitam.
4. Masak di antara 5-6 minit.
5. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan lada putih.

2 ulasan:

  1. salam Kak Amie..
    Sedapnya dpt hirup sup hujan2 nii.. yana xpernah lg bt sup guna ikan jenahak..biasa ikan ni bt kari takpun asam pedas..insyaAllah nnt cuba bt sup pulak ^_^

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie.. sedapnya ikan jenahak dimasak sup!

    BalasPadam