Pages

Jumaat, 12 Disember 2014

Kari Ikan Tongkol Gaya Utara

Tak sabar tunggu Encik Suami bawa Fuad & Fairuz balik dari solat Jumaat.....
Kari Ikan Tongkol sudah terhidang...mmmm sungguh menggamit selera!
Sebelum keluar solat Jumaat tadi Encik Suami masuk dapur. Tengok kari ikan yang sedang mendidih atas dapur. Katanya, baunya sampai tingkat atas! Fuad & Fairuz pun menjenguk sama..., menguis-nguis ikan dalam kuali dengan sudip. Bila Amie tanya, nak makan ke? Nantilah.... lepas solat Jumaat, jawab anak-anak.

Amie masak Kari Ikan Tongkol ala-ala gaya utara gitu. Bukan apa, katanya gulai atau kari ikan gaya utara kena gunakan halba campur yang terdiri daripada biji sawi, halba dan jintan manis. Tapi masakan Amie hari ini togel je tanpa aksesori seperti kacang bendi atau tomato.... dah malas nak isi peti sejuk dan beli bahan  lain sebab ahli keluarga akan keluar lagi pada hari Ahad ini selama 5 hari.



Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol seberat 600 gram - bersihkan dan potong 5 bahagian setiap seekor 
4 sudu makan rempah kari ikan - tambah dengan sedikit air untuk dijadikan pes
1 tangkai daun kari - lurutkan
1 sudu teh halba campur
200 ml santan pekat
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 3/4 cawan air
4 sudu makan minyak

Bahan tumbuk / kisar
7 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan halba campur serta daun kari. setelah naik bau, masukkan bahan kisar diikuti dengan pes kari. Masak dengan api sederhana panas sehingga terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan juga santan. 
3. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan dan kacau sekali sekala sehingga ikan masak dan kuah menjadi pekat.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan dan masukkan cili merah serta cili hijau.
6. Padamkan api dapur.

Wokeeehhh... dah pukul 1.07 minit petang. kejap lagi sampailah Encik Suami dan anak-anak dari solat Jumaat. Nak ke dapur dulu yea... kang Encik Suami nak makan dulu sebelum sambung balik kerja. Mmmmm.... Kari Ikan Tongkol bubuh halba campur memang sedap dan mampu membuka selera!

5 ulasan:

  1. bau kari memang selalu menggoda Amie..baiknya anak2 Amie..sabar nak tunggu selepas solat baru makan

    BalasPadam
  2. Ikan Tongkol mmg makanan ruji saya sekeluarga..agaknya tokey kedai Acheh tu mesti cakap..cikgu ni asal datang je tongkol, asal datang je tongkol..bila nak beli tenggiri pun tak tahu..hahahaha
    Nanti boleh cuba resepi ni, menarik sangat..

    BalasPadam
  3. Patutla baunya menyucuk hidungku, rupanya ada org jauh masak kari, my febret tu Amie.
    Pssst ...selalu merancang nak mkn angin, tp tak pernah yg menjadi, huhuhu...

    BalasPadam
  4. Acik,
    betul tu Acik... asal saja lauk kari, anak-anak cukup suka! Solat Jumaat di sini seawal pukul 12 tengahari Acik, tu yang agaknya anak-anak rasa awal sangat nak makan tengahari.

    Cik Wan,
    suami saya pulak asyik beli ikan tongkol aje sampai saya tak tahu nak masak apa ha hahahaa.....

    Wattie,
    bubuh halba campur tu yang buat nyucuk hidung ye Tie...

    BalasPadam
  5. Sedapnye.. Kejap lagi nak masak la.. ��

    BalasPadam