Pages

Sabtu, 6 Disember 2014

Jom Belajar Buat Telur Itik Masin

Dulu-dulu Amie cuma perhati saja MIL buat telur itik masin. Tapi Amie tak pernah cuba buat. Kebetulannya balik kampung hari tu, Bonda bekalkan kami 30 biji telur itik, jadi cadangnya Amie nak masinkan saja. Setiap pagi Bonda bersihkan telur itik yang baru dikutip di kebun di belakang rumah. Abang ipar Amie memelihara lebih 200 ekor itik telur di situ, dan memang tak sempat nak buat telur masin sebab orang kampung dah tempah yang masih segar.  Bulan Mei lepas, Bonda bekalkan juga 30 biji tapi disebabkan kecuaian, sebahagiannya jadi rosak akibat lama tak dimasak! Kali ini Amie tak mahu peristiwa lama itu berulang kembali.... sebab bukan senang nak bawa telur itik dari Selangor hingga ke Lahad Datu.


Bahannya:

10 biji telur
1 jag air (2 liter)
500 gram garam (atau mengikut selera kemasinan sendiri)


Proses:

a) Pilih telur

- Telur itik yang terbaik tetapi boleh juga menggunakan telur ayam. Bukan semua orang mudah mendapatkan telur itik. Sebenarnya telur ayam pun boleh juga digunakan cuma telur itik lebih tebal kulitnya dan sesuai dijeruk sebagai telur masin. Ia juga dikatakan lebih tahan lama dan hasilnya lebih sedap berbanding telur ayam.

Di Malaysia tidak sukar mendapat telur itik bagi membuat telur masin tetapi sekiranya anda perantau di luar negara dan sukar mendapat telur itik, telur ayam boleh digunakan.

- Saiz bukan masalah utama cuma telur jangan terlalu nipis kerana kelak mudah pecah. Jangan terlalu besar kerana telur akan saling berlaga di dalam bekas penyimpanannya jadi risiko pecah perlu diminimumkan. Pilih warna telur yang kehijauan.

- Telur mesti sempurna, tidak boleh rosak ataupun pecah walau sedikit pun. Lubang halus pun tidak boleh kerana melalui lubang itu air boleh masuk dan merosakkan proses pemasinan telur.

- Mesti menggunakan telur yang baru dan segar.

b) Basuh telur sehingga bersih dan keringkan.

c) Masak air dan garam dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Biar sehingga sejuk atau semalaman.

d) Tapis air garam bagi mendapatkan air garam yang betul-betul bersih tanpa kekotoran sampingan.

e) Masukkan telur ke dalam air garam tadi. Pastikan air garam cukup penuh untuk menenggelamkan semua telur sekali gus. Tutup bekas kemas-kemas.

f) Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Buattelurmasin/Article#sthash.0MswCSGa.dpuf
Setelah berguru dengan Encik Google, akhirnya Amie dapat perkongsian proses membuat telur itik masin daripada Encik Omar Yatim DI SINI.
Menurut Encik Omar, kalau tak ada telur itik gunakan telur ayam pun boleh. Bezanya telur itik lebih tebal kulitnya dan lebih sedap rasanya. Sebaiknya pilih telur yang tidak terlalu nipis kulitnya sebab mudah pecah dan tidak pula terlalu besar sehingga menyebabkan telur akan saling berlaga dalam penyimpanan agar telur pecah dapat dielakkan. Satu lagi, pilihlah telur yang kehijauan... seperti di bawah ini, ada yang kehijau-hijauan warnanya kaaannn...

Selain itu telur mesti sempurna, tidak retak atau pecah walau sebesar lubang jarum sebab melalui lubang halus pun air mampu menembusinya dan merosakkan proses pemasinan itu nanti. Pilih telur yang baru dan segar dan basuh sehingga bersih serta keringkan.

Bahannya:

10 biji telur
1 jag air (2 liter)
500 gram garam (atau mengikut selera kemasinan sendiri)


Proses:

a) Pilih telur

- Telur itik yang terbaik tetapi boleh juga menggunakan telur ayam. Bukan semua orang mudah mendapatkan telur itik. Sebenarnya telur ayam pun boleh juga digunakan cuma telur itik lebih tebal kulitnya dan sesuai dijeruk sebagai telur masin. Ia juga dikatakan lebih tahan lama dan hasilnya lebih sedap berbanding telur ayam.

Di Malaysia tidak sukar mendapat telur itik bagi membuat telur masin tetapi sekiranya anda perantau di luar negara dan sukar mendapat telur itik, telur ayam boleh digunakan.

- Saiz bukan masalah utama cuma telur jangan terlalu nipis kerana kelak mudah pecah. Jangan terlalu besar kerana telur akan saling berlaga di dalam bekas penyimpanannya jadi risiko pecah perlu diminimumkan. Pilih warna telur yang kehijauan.

- Telur mesti sempurna, tidak boleh rosak ataupun pecah walau sedikit pun. Lubang halus pun tidak boleh kerana melalui lubang itu air boleh masuk dan merosakkan proses pemasinan telur.

- Mesti menggunakan telur yang baru dan segar.

b) Basuh telur sehingga bersih dan keringkan.

c) Masak air dan garam dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Biar sehingga sejuk atau semalaman.

d) Tapis air garam bagi mendapatkan air garam yang betul-betul bersih tanpa kekotoran sampingan.

e) Masukkan telur ke dalam air garam tadi. Pastikan air garam cukup penuh untuk menenggelamkan semua telur sekali gus. Tutup bekas kemas-kemas.

f) Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Buattelurmasin/Article#sthash.0MswCSGa.dpuf
Jom kita pelajari prosesnya pula.
Panduan yang diberi oleh Encik Omar Yatim ialah:

10 biji telur itik
500 gram garam - ikut kemasinan yang dikehendaki
2 liter air
Tak pula disebut garam kasar atau halus. Amie gunakan garam halus sebab itu saja garam yang ada he hehehe...
Masak air dengan garam tadi dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Kemudian biarkan sejuk sebaik-baiknya semalaman. Sesudah itu tapis air garam tadi untuk membuang kekotoran yang ada, dan masukkan telur ke dalam air garam tadi.
Pastikan air garam mencukupi untuk menenggelamkan telur.

Jangan lupa tutup bekas dengan kemas .
Jangan lupa juga untuk tulis tarikh pembuatan telur itik masin di atas bekas anda. Bukan apa, sebab dengan melihat tarikh tersebut bila cukup tempoh dua minggu telur itik masin sudah boleh direbus.
Pesan Encik Omar Yatim lagi, kalau tak mahu masin bolehlah rendam selama dua hari telur tadi dengan air biasa dan kemudian bolehlah di rebus.
Terima kasih banyak buat Encik Omar Yatim. Moga dimurahkan rezeki dan perniagaan telur itik masinnya bertambah maju.


5 ulasan:

  1. Terima kasih Amy, turunkan ilmu itu. Kena siap sedia dua minggu sebelum Puasa buat telor masin ni.

    BalasPadam
  2. bestnya klu dpt buat sendiri telur masin ni...boleh agakr kemasinan kan kak..

    BalasPadam
  3. Di Kelantan telur ituk masin di buat menggunakan garam kasar dan satu lagi cara ,telur masin di buat dengan menyalut telur dengan sekam padi yang di bakar dan di gaul dengan garam kemudian ia di salut pada telur itik tadi.

    BalasPadam
  4. Kjee,
    silakan... memang sesuai ni utk bulan puasa, terbuka selera.

    Rahel,
    saya suka yang tak berapa masin... ntah2 ni belum 2 minggu sudah direbus!

    Suzana,
    Di tempat kami pun ada telur masin begitu, disalut dengan sekam padi.

    BalasPadam
  5. Ita biasa guna yang salut dengan sekam tu ajer.. nampaknya kali ni kena buat macam amie jugak lah. Senang nak simpan rasanya..

    BalasPadam