Asyik terbayang-bayang keenakan Sambal Ijo yang Kjee tayangkan di FB tempohari, Amie pun beberapa kali buka tudung saji di dapur Kjee DI SINI dan DI SINI. Kalau dah Kjee kata buat Sambal Ijo sebanyak 1 kilogram cili hijau dengan 1 kilogram bawang besar, tentulah ada sesuatu yang istimewa dalam resepi tu. Dah tu pulak, kebetulannya ada minyak bekas goreng ayam, jadi kenalah cepat-cepat buat Sambal Ijo sebab Kjee kata Sambal Ijo tu ditumis gunakan minyak bekas goreng ayam! Petang kelmarin, selepas hantar kakak ipar balik ke kampung, Encik Suami singgah di kedai runcit. Amie pesan belilah cili hijau kalau ada. Habislah cili hijau di kedai tu Encik Suami beli, bukan berkilo pun.... cuma dapat 18 biji aje!
Wokehlaaa... 18 biji pun boleh buat Sambal Ijo kan Kjee. Amie timbang, beratnya 300 gram. Maknanya, kenalah gunakan bawang besar 300 gram juga.
Sambal Ijo dah siap. Senang kerja masak-memasak Amie hari ini. Sambil renihkan sup sayur, Amie goreng ikan jenahak dan di sebelahnya lagi Amie masak Sambal Ijo.
Minta izin ye Kjee, Amie paparkan resepinya di sini. Di kesempatan ini Amie ingin ucapkan ribuan terima kasih buat Kjee dan juga kepada Ann, adik angkat Kjee yang katanya berniaga di kedai Minang di Paya Jaras. Kata Kjee, daripada Annlah Kjee belajar resepi Sambal Ijo ini. Alhamdulillah, moga tambah majulah perniagaan Ann ye.
Bahan-bahan:
300 gram cili hijau - patah-patahkan dan tumbuk kasar (tumbuk dalam lesung, bukan gunakan pengisar)
300 gram bawang besar - potong kasar dan tumbuk kasar
1/2 cawan minyak bekas gorengan ayam
1 sudu makan pati asam jawa (Kjee gunakan asam keping)
1 sudu teh garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan cili hijau dan masak selama 10-15 minit.
3. Tambahkan pati asam jawa (asam keping), garam / gula / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur.
Bila kita goreng bawang besar dalam minyak bekas gorengan ayam... aromanya memang sungguh menyelerakan! Rasanya pun tak pedas mana... sesuailah dengan selera kami anak beranak, tak payah bubuh cili padi lagi dah. Memang betul kata Kjee, Sambal Ijo ini sangat sedap! Boleh bubuh atas apa-apa lauk pun, termasuk ikan, ayam, telur dan apa-apalah yang teringin kita nak makan. Boleh buat banyak, dan simpan. Oh yaaa! Sambal Ijo yang Amie buat ni sekali makan dah habis! Jadi... dapatlah jawapannya mengapa Kjee buat Sambal Ijo sampai 1 kilogram!
Sekali lagi : Terima kasih daun keladi ye Kjee & Ann!
Salam Amie. Berjaya jugak Kjee goda awak buat sambal ijo kan? Hehehe. Kjee sekarang sentiasa ada stok sambal ijo dlm peti ais sebab senang kalo tak selera nak makan. Kjee goreng ikan bilis garing2 dan tepikan. Lepas tu letak sambal ijo bersama minyaknya dalam kuali. Buka api, pastu bila dah panas, pecahkan sebiji dua telor. Buat macam sambal telor pecah. Last sekali padam api, masukkan ikan bilis dan gaul. Makan dengan nasi panas, tak perlu lauk lain. Hehehe.
BalasPadamsedapppnyaaa...k.Amie nk tumpang g makan smbal ijo gk..
BalasPadamSangat menyelerakan!
BalasPadam