Pages

Isnin, 24 November 2014

Sambal Ikan Siakap

Hari ini...
Rumah sunyi dan sepi...

Fuad & Fairuz sejak Jumaat lepas ikut serta Jambori Pengakap Antarabangsa di Lumut, Perak.
Farid.... setiap kali telefon kami asyik tanya, bila kami akan sampai ke kampung nenek, bila akan melawatnya di Bangi.
Encik Suami kerja... awal pagi tadi keluar bawa Firdaus sekali untuk di hantar ke kampung.
Kita pun meneruskan kerja di rumah..... yang perlu disiapkan sebelum pukul 2 petang ini, kelmarin baru habis mesyuarat di Tawau selama 4 hari,
mata pun tak berapa nak boleh celik.... penat!

Rindu pulak nak makan nasi masakan dapur sendiri. Sejak hari Rabu sampailah kelmarin, Ahad asyik makan di kedai, makan di restoran dan sarapan pagi di hotel saja. Jadi, tadi merajinkan dirilah masak ikan siakap nan seekor yang beratnya tepat 1 kg. Masak apa? Masak sambal aje. Kita masak bubuh udang kering dan kita juga campurkan cili kering sama cili tator... cili kecik-kecik bulat macam kat gambar atas tu, dekat dengan hirisan limau nipis tu... pedas ko rasanya!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap seberat 1 kg - bersihkan dan potong 2 - lumur dengan sedikit garam dan kunyit
3 sudu makan jus limau nipis 
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering - buang biji dan rendam dengan air panas hingga lembut
10 biji cili tator (boleh gantikan dengan cili padi kalau tak ada cili jenis tu)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 sudu makan udang kering - rendam hingga kembang

Cara:
1. Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak gorengan tadi sebanyak 5 sudu makan, dan tumis semua bahan kisar dengan api sederhana panas sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap manis, sos tomatoo dan sos tiram.
4. Gaul sebati dan kemudian masukkan ikan goreng tadi dan tuangkan jus limau nipis.
5. Balik-balikkan ikan sehingga sambal melumuri keseluruhan ikan.

Makanlah kami berdua laki bini.... terkulat-kulat je rupa kami di meja makan!
Agaknya disebabkan kesunyian tanpa anak-anak di sini.... hu huuuuu... tak boleh jadi kalo begini! Malam ni kami berkemas.... esok nak terbang balik kampung.... nak tengok Farid di Bangi. Nak jejak Fuad & Fairuz di Lumut! Oh! Mak.... orang dah nak balik ni! Tunggu yeaaa.....
Tinggallah dulu dapurku  yaaa...

8 ulasan:

  1. Boring juga kan Kak kalo asyik mkn Luar ja..pasti rindu masakan rumah..:)

    BalasPadam
  2. Subhanallah..
    K.Sham dah 2 ari mkn tak menentu.. penangan anak exam.. ibu jadi haru biru.

    Teringin sangat nak makan nasik tapi lauk.. entahlah..

    P/s;
    Tgk pic ni.. terus lapar.. walhal baru 8.40 am di sini.

    BalasPadam
  3. sedap ni kalau makan nasi panas panas....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..amie..mgancam sungguh nmpk sambl amie ni..sedap sungguh kalau digaul dgn nasik pns...

    BalasPadam
  5. http://www.extreme9999.com/yayahgold

    BalasPadam
  6. Dapnyaaa!!!, terus lapor tengok lauk Amie ni..

    BalasPadam
  7. Salam kenal.. Sedapnya ikan siakap. Tak pernah masak sambal sebelum ni. Lain pada yang lain.

    BalasPadam