Pages

Selasa, 18 November 2014

Rahsia Resepi Kuah Rojak Buah Yang Paling Sedap!

Nampaknya esok lusa sepilah dapur mayaku ini.... maklumlah tuan tanah kena bertugas luar kawasan, menjunjung titah perintah tuanku yang dipertuan agung. Tapi sebelum itu, tuan tanah nak tinggalkan satu resepi yang pastinya sukar untuk dilupakan... sebab kalau dah merasa sekali pasti akan menjilat jari.
Tuan tanah perasan resepi kuah rojak buahnya paling sedap di dunia.... ha hahhaha....  ! Sebenarnya paling mudah dibuat!

Tangan di atas yang tengah mencolek mangga dengan kuah rojak buah tu tangan Fuad.... tak sabar-sabar nak makan!

Nampaknya buah mangga udang  di belakang dapur kami jadi mangsa untuk dicolek dengan kuah rojak! Amie suka sangat makan buah mangga udang yang tua.... tapi tak masak, sebab rasanya tak masam. Ayuk... petik sebijik.


Petik juga epal bidara di depan rumah yang banyak berjuntai di luar pagar.... sayangnya kali ini epal bidara tak berapa menjadi. Mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu, 8/10 epal bidara buruk jadinya.
Ayuk... yuk bikin kuah rojaknya..... resepi yang paling mudah di dunia, dan menghasilkan rasa yang setanding dengan kuah rojak yang anda beli di pasaran. Tak caya? Boleh cuba sendiri! Kita lihat bahan-bahan yang digunakan.

Anda hanya perlu pergi ke kedai atau pasaraya dan dapatkan sebotol kicap manis cap kipas udang dengan kuantiti sebanyak 345ml, dan jangan lupa ambil sebotol sos tomato juga dari jenama yang sama seberat 340gram.... sos tomato ya, bukan sos cili! Lepas itu cari belacan. Ikut sukalah mana-mana belacan yang digemari, tapi Amie gunakan belacan yang di atas tu.... yang dalam kotak tu. Beratnya 10 gram, tapi Amie gunakan 5 gram saja.


Jangan lupa cili padi untuk rasa pedas. Cili padi di atas tu Amie petik dengan daun-daunnya sekali di rumah kakak ipar sewaktu ambil Firdaus petang tadi.
Wokeeeyyy... kita mulakan kerja sekarang naaa...
Masukkan kicap manis bersama sos tomato ke dalam periuk. Masukkan semua ya, jangan tinggal sikit pun dalam botol. Amie tumbukkan  5 gram belacan bersama 7 biji cili padi.
Sebab apa Amie hanya gunakan belacan 5 gram? Sebab kicap dan sos tadi dan cukup rasa, dan belacan tu pula masin. Cili tu ikut kepedasan masing-masing. Yang tak makan belacan, atau alahan belacan dan yang sewaktu dengannya tak payahlah bubuh belacan ya.... tapi lainlah pulak rasa kalau tak dak belacan!
Lepas tu, masak bahan tadi di atas api panas sederhana sehinggalah kuah sos menjadi pekat. Kacau selalu supaya kuah tidak hangus. Bila kuah dah pekat atau likat, padamkan api dapur dan sejukkan.

Inilah hasilnya.... kuah rojak buah yang sudah sejuk dan sedia untuk dicolek dengan apa-apa buah kegemaran.
Oh.... ya! Banyak kali Amie buat kuah rojak ni dan bawa ke tempat kerja. Kawan-kawan yang lain tukang bawa buah. Kami makan sama-sama. Bila mereka minta resepi Amie kongsikan. Sayangnya ada yang kata, hasilnya tidak sama dan tidak sesedap seperti yang Amie buat. Antara sebabnya:
1. Gunakan kicap jenama lain.
2. Gunakan sos cili.
3. Gunakan belacan berlebihan.
4. Campur sekali kuah rojak dengan buah-buahan dan biarkan dalam tempoh beberapa jam sebelum dimakan, akibatnya keluar air buah dan rojak jadi berkuah macam sup pulak!
5. Tambah gula.
6. Tambah air.

Kuah Rojak Buah sudah siap.... nak sedap, kenalah sediakan kacang tanah tumbuk. Bubuh bijan pun boleh, tapi kacang tanah terasa lebih ummmppphhhh! Kalau nak beraroma lagi, perahkanlah jus limau nipis sikit.

 Sesi colek-mencolek pun bermula.....

 Dah colek dalam kuah, pindah pulak ke kacang tanah tumbuk!

 Haiyyyooo.... aksi-aksi di atas menunjukkan ketidaksabaran untuk makan rojak buah!

 Patutnya buat beginilah kaaaann.... kalau tak pedas, tambahkan lagi cili padi.... aaahhh! Tak sabar nak makan... jom... jommmm!

13 ulasan:

  1. Bagusnya..mcm best pula ni Kak Amie..insyaallah wana mau Cuba bt nnti :)

    BalasPadam
  2. Salam kak Amie,
    nampak mengancam sangat...insyaAllah
    nnt bila ada buah boleh la cuba..

    BalasPadam
  3. Salam Amie....
    Aduh.... sedapnya lihat rojak buah Amie, dah kecur air liur dah ni. Bagus juga ya buat kuah rojak sendiri. Ini kalau nak makan kuah rojak asyik beli je.

    BalasPadam
  4. alahaiii kak amie cayanggg.. sedapppnyaa..InsyaAllah lpas ni nk cuba kuah rojak nii ^_^

    BalasPadam
  5. ngences tengok aktiviti mecolek buah mangga...tq share resepi mudah buat kuah rojak tu...

    BalasPadam
  6. salam amie, nampak sedap je sambal kicap tuu, nak cuba jugalah.

    BalasPadam
  7. Sedap rasanya .....terima kasih kongsi resepi...

    BalasPadam
  8. Sedap rasanya .....terima kasih kongsi resepi...

    BalasPadam
  9. Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak kuah rojak mak bee yg ready made bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum² TQ

    BalasPadam
  10. sedapnye kuah rojak tu, mangkuk ayan tu pon lawo. kat mana k.amie beli?

    BalasPadam
  11. Mcm best je blh try ni tq sharing

    BalasPadam