Pages

Khamis, 13 November 2014

Lupakan French Fries Dulu... Jom Makan Ubi Kayu Goreng Berempah!

Ini kali kedua Amie buat Ubi Kayu Goreng Berempah untuk 2 hari berturut-turut. Selalunya asal nama ubi, tak ada yang nak jamah tapi kali ini laris pulak, dah tu ada pulak permintaan nak makan lagi dari anak-anak dan Encik Suami. Haaa... sekarang anak-anak baru tahu ubi goreng pun boleh kalahkan french fries yang kamu suka sangat tu!

Resepi Ubi Kayu Goreng Berempah ni teramatlah simple wa dimplenya! Taklah macam KAK NOOR punya yang sangat komplit dan kreatif tu... he heheh ini gara-gara gereeeemmm tengok ubi kayu goreng Kak Noor jugaklah ni. Nak hangkut dari Brunei banyaklah masalahnya lagi nak melepasi imigresenlah pulak sebelum sampai ke Lahad Datu! 

Bahan-bahan:
600 gram ubi kayu  - kupas kulit dan potong kecil memanjang
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak

Bahan kisar:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara:
1. Perap ubi kayu  selama 10 minit dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Goreng hingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan.
4. Hidangkan bersama minuman panas, dan nikmatilah tak kira waktu pagi, petang atau malam!

8 ulasan:

  1. French fries versi melayu ni..tekak melayu mesti ada pedas2 sket..ubi kayu lak lagilah sedap...

    BalasPadam
  2. Salam rindu Amie...

    Ooh..mesti best ni Amie, french fries tolak tepi dulu lah ye..

    BalasPadam
  3. salam, pertama kali ke sini. sedapnya ubi tu. teringat dulu2 ibu selalu gak buat ubi goreng ni, paling simple tumbuk2 bawang putih, halia dan kunyit, kumur jap lepas tu goreng. sedapnya...

    BalasPadam
  4. Kjee teruja tengok. Boleh buat ni Amy. Thnx for idea

    BalasPadam
  5. wah!! terbaik ler kak. saya buat skang utk wife n anak2...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam