Kalau Amie tak terlebih perasan laaaa (sebab puji kuih yang dibuat sendiri).... Kuih Nona Manis ini memang seindah namanya! Apalagi bila kita menikmatinya... bertambahlah keenakannya! Dengan harum pandan dan lemak manis santan... adeeehhhh semuanya bersatu dalam sebiji kuih warna hijau menawan!
Kata tuan punya resepi asal Kue Nona Manis ini, HESTI'S KITCHEN... kuih yang bertekstur lembut dan bercirikan kuih talam Indonesia, sudah terkenal lama di Sulawesi. Selain aroma pandannya yang menyelerakan, rasa kuih ini terbahagi dua pula, iaitu gurih manis pandan pada bahagian luarnya yang berwarna hijau, dan rasa gurih santan pada bahagian dalamnya yang berwarna putih. Nah.... gurih-gurih sudah aku ni... Terima kasih ya Bu Hesti... dan terima kasih juga buat rakan-rakan blogger seperti ITA MASAM MANIS & AZIE KITCHEN yang telah mencuba resepi ini dan berjaya menggoda daku untuk mencubanya pula!
Agaknya kalau dapat bersabar, cantiklah sikit kuih ni. Sebenarnya Encik Suami yang tolong keluarkan dari pengukus sebab Amie sibuk isi adunan dalam acuan untuk kukusan kali kedua. Rupanya diambilnya sebiji dan dimakan.... panas kaan! Walaupun masih panas, katanya sedap! Amie pun rasa teruja! Dengan tak rasa sabar, agak-agak sejuk sikit, kami pun sama-sama keluarkan dari acuan.
Sedaplah... ada rasa-rasa lemak manis & masin... itu komen Encik Suami setelah makan seketul. Kemudian, ketika Si Nona Manis agak sejuk sedikit, Encik Suami makan lagi... dan lagi. Tak lama selepas itu dia bersuara... boleh tak minta sikit nak bagi kakak di kampung? Syukur Alhamdulillah... kalau Encik Suami nak hantar ke rumah kakak dia dan pada masa yang sama ambil Firdaus sekali. Lepas tu dia tanya lagi: Nak bagi adik lelakinya boleh? Nak bagi kakaknya yang lagi satu boleh?
Jadinya.... sibuklah Encik Suami menapau, sementara Amie ambil gambar Si Nona Manis yang sememangnya nampak ayu dan manis ini.
Sebenarnya kuih ini mudah untuk disediakan. Sayangnya di pertengahan jalan barulah Amie teringat untuk ambil gambar. Maklumlah, kita cuma ada dua tangan, nak ambil gambar dan sediakan kuih pada masa yang sama memang agak sukar... silap-silap nanti kameraku masuk periuk pengukus atau masuk adunan pulak ha hahhaha.... Jadi adunan di atas itu sudah Amie gunakan separuh... dah masuk pengukus! Menurut Hesti, kuih warisan mamanya ini terdiri daripada 3 bahagian adunan. Ayok kita lihat satu persatu seperti di bawah ini. Amie cuba terjemahkan penggunaan bahan seperti terigu kepada tepung gandum dan cangkir kepada cawan. Hesti gunakan sukatan cangkir (cawan). Senangkan kalok begitu... ndak perlu ditimbang-timbang lagi.
Bahan I:
3 biji telur ayam
1 cawan gula pasir
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
Bahan II:
2 cawan santan suji (santan yang diblender bersama pandan dan suji - suji ialah sejenis tumbuhan serupa pandan) - Amie tidak gunakan suji (tak pernah jumpa pokok suji di tempat Amie) Amie gunakan pandan emulco dan perasa pandan
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Bahan III:
2 cawan santan kental (pati santan)
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga mengembang. Perlahankan kelajuan mixer, dan masukkan tepung gandum. Adun sebati dan kemudian masukkan pula santan dan diadun lagi hingga sebati. Ketepikan.
2. Campurkan santan suji (santan yang diblender bersama pandan tadi), gula pasir dan tepung jagung. Masak di atas api dapur sehingga meletu-letup dan memekat. Angkat.
3. Campurkan Bahan I dan Bahan II.Gunakan mixer hingga teradun sebati. Ketepikan. Jadinya... bila Bahan ! dan II dicampur, terjadilah adunan seperti dalam gambar di atas tu.
4. Naikkan periuk pengukus yang berisi air kukusan ke atas dapur dan bukakan api dapur.
Sementara itu, kita sediakan pula Bahan III.
5. Campurkan santan kental @ pati santan, gula tepung gandum dan garam ke dalam periuk. Kacau rata supaya tidak bergentel-gentel. Masak di atas dapur dan terus dikacau sehinggalah adunan mendidih. Angkat dan ketepikan. Gambar di atas ini pun dan Amie gunakan separuh.... itulah rupa adunan Bahan III.
6. Sediakan acuan pilihan yang sudah dioles dengan minyak.
7. Tuang adunan hijau hingga hampir penuh.
8. Berikan di bahagian tengahnya adunan Bahan III dengan sudu. Amie buat macam di atas. Gunting muncung paip plastik dan benamkan di tengah-tengah adunan hijau, kemudian picit sehingga adunan naik.
9. Kukus di antara 7-10 minit.
Alhamdulillah... Kue Nona Manis diterima baik oleh kakak-kakak iparku... dan kata Encik Suami... kakak ipar tanya, kenapa bagi sikit je? Iyolah mana tak sikit... Firdaus pun ikut makan di kampung! Haaa... lain kali Amie buat lebih. Amie gunakan resepi bulat-bulat dari Bu Hesti, sukatannya sama dan dapat lebih kurang 46 biji... atau 48 biji... entahlah tak perasan pulak berapa puluh biji semuanya!
Aduhai... Kue Nona Manis ini baru je beberapa minit keluar dari pengukus... sudah kena bedah!
Jemput ye... memang sedap!
Selalunya anak-anak tak mahu makan, tapi bila nampak Kue Nona Manis ini... Fairuz makan pulak! Memang sahlah kuih ni sedap kan!
Adeeehhh.... sooodappp!
Anda bila lagi? Hi hihikkk....
Anda bila lagi? Hi hihikkk....
tak sabar nak mencuba..terima kasih Amie..dah terasa rasa kat dalam mulut ni...hrp2 jadilah hehehe
BalasPadamAmie tq kongsi resipi n cara2
BalasPadamassalam
BalasPadamtergoda sy dibuatnya
nampak kat blog kak ita
skrg kat Amie pula
ala2 kuih lompang ye
emmm blh try ni
Tak puas tgk dgn hp guna pc lagi terliur tgk
BalasPadamTak puas tgk dgn hp guna pc lagi terliur tgk
BalasPadamCantiknya kejadian Nona Manis Amie. Terletak jer bahagian putih tu.
BalasPadamWah...cam ni rupanya nk buat...copy resepi nti
BalasPadamkak...teruja jugak ni...gurih2nya tu,dah nampak sedap dan kemecerr...in shA ALLAH nk cuba jugak nti
BalasPadamCik Wan
BalasPadamsilakan.... semoga menjadi :)
Embun Rosaliza,
sama-sama, buat ye
Mama Sara Nur,
dia jenis kuih talam, tapi guna acuan lompang
Embun Rosaliza,
BalasPadammemang tak puas memandang... rasa macam nak terkam je he heheh.
Azie,
terima kasih... terketar2 gak tangan masukkan yang putih, masih boleh dibaiki tu.. belum sempurna he heheh
Cheq Da,
silakan...
Rohah,
ha hahaah... keluar dah gurih-gurihnya... memang gurih
Aduh2... dah tergoda ni.... tapi lum ada sempat nak cuba.... ramai member2 dah cuba kan... huhuuu
BalasPadamRamai yang dah cuba ni.. Nampaknya kena buat jugak lah..
BalasPadamRamai yang dah cuba ni.. Nampaknya kena buat jugak lah..
BalasPadammacam kuih tako..
BalasPadamMacam chomey jer.. Macam teringin jer Amy.. Nak seketoi.. 😋
BalasPadamAmie, nak 5 biji...
BalasPadamNnti nk try buat...
BalasPadamsalam amie,,, nampak sedap je kuih nii,, nak buatlah nanti, tq amie share resepi, gambar kuih tu memang mengoda.
BalasPadamAs salam.. tumpang tanya.. suji tu mcm mana rupa
BalasPadamSobah,
BalasPadamsaya pun tak pernah lihat rupa pandan suji... saya gunakan emulco pandan dan perasa pandan.
Alhamdulillah dapat 52bj. Sedap
BalasPadamSedapnya... ada jual kat seksyen 15 bangi.. mmg teringin nak try.. terjumpa kat sini.. tq sis amie.. :)
BalasPadamAssalamu'alaikum, kak. saya ira dari indonesia. mau tanya, kak. bahan III kok punya kakak teksturnya set gitu ya? maksudnya kok gak cair? kakak pake santan kemasan atau santan kelapa?
BalasPadammakasih ya kak..
Zie,
BalasPadamalhamdulillah...sedap kaann.
Mama Daniel,
buat sendiri laaaagi sodap!
Ira,
BalasPadamwaalaikumussalam...
saya gunakan santan kelapa...santan original.
tq kak resepi.. ptg ni nk wat.. 😊
BalasPadamresepi ni utk brpe bji ye kak?
Nurliyana,
BalasPadamtak ingat bdapat erapa biji... lebih 45 tapi dekat 50 biji kot he he heee...