Tengahari tadi kami dapat dua bungkus daging korban, dan dua bungkusan tulang lembu korban. Masih segar! Tanpa banyak fikir Amie terus masak sup tulang. Dagingnya yang cantik itu Amie potong lebar melawan serat, setebal 1cm dan kemudian Amie ketuk-ketuk dengan penukul daging.
Selalunya kalau masak daging lembu memang hanya Amie dengan Encik Suami saja yang makan. Anak-anak cuma cari kuahnya. Tapi kalau masak lamb, memang anak-anaklah tukang habiskannya! Kali ini Amie cuba pula resepi Wiener Snitzel.... entah macamana nak sebut Amie pun tak tau! Ini salah satu resepi dari buku Masakan Eropah. Kalau tak silap ia merupakan salah satu menu ringkas dari Austria yang dihidangkan bersama lemon, tapi lain pula ejaan snitzel itu... schnitzel...waiyyooo lagilah tak tahu nak sebut apa! Bila dah siap hidang, ingatkan tak ada orang nak usik. Rupa-rupanya.... tinggal sekeping je lagi untuk Fairuz yang tengah tidur. Fuad dan Encik Suami sudah ratah-ratah dengan si kecil Firdaus! Encik Suami kata dagingnya sangatlah lembut! Iyolaaa.... kita ketuk-ketuk dengan penukul daging tadi tu.. manalah tak lembut!
Bahan-bahan:
500 gram daging lembu - potong lebar melawan serat setebal 1 cm - ketuk-ketuk sedikit agar menjadi lebar dan cucuk-cucuk dengan garpu
1 sudu teh garam - Amie gunakan serbuk pati ayam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul untuk dijadikan pencelup
150 gram tepung jagung
minyak
Pelengkap:
1 biji lemon - dipotong-potong
400 gram potato wedges - digoreng
1 sudu teh cincangan daun parsli
50 gram mentega tawar
Cara:
1. Lumurkan daging dengan garam dan serbuk lada putih. Biarkan selama 30 minit dalam peti ais.
2. Golekkan di atas tepung gandum. Celupkan ke dalam telur. Golek lagi di atas tepung jagung.
3. Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan di atas api yang sederhana sehingga masak.
4. Hidangkan persama pelengkapnya.
Tip:
Setelah daging disaluti dengan tepung jagung, tekan-tekan daging agar tepung jagung lebih melekat dan tidak mudah luruh ketika digoreng.
Barangkali kalau daging lembu dijadikan resepi Wiener Snitzel seperti ini, selepas ini tak adalah lagi daging menginap dalam peti ais berbulan-bulan lamanya!
salam Mie wah harus di cuba ni kaknoyah kdg daging berbulan2 jugak jadi pengguni frezer haha nak copy gak resepi ni halal ok
BalasPadamSalam aidiladha....nmpak sonang nampak sodap leh le Korban kan dgg dlm peti ais tu dgn menu ni nanti.
BalasPadam