Pages

Rabu, 17 September 2014

Bebola Ikan Tenggiri Dengan Jagung Krim

Beberapa hari lepas Amie buat wantan goreng inti isi ikan tenggiri. Ikan tenggiri merupakan salah satu sumber penghasilan Omega 3, yang sudah semestinya mempunyai pelbagai kelebihan untuk kesihatan. Amie buat 25 ketul wantan, tapi tak cukup! Sedap ratah-ratah begitu sajakan? Lagi pun Amie tambah jagung krim untuk menambah kelazatan rasa ikan tenggiri yang sememangnya agak tawar itu.


Bahan-bahan:
2 cawan isi ikan tenggiri yang telah dicincang
1 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan cincang halus
3cm lobak merah - cincang halus
1/2 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2cm halia muda - cincang halus
1/2 cawan jagung krim
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk 
serbuk roti secukupnya
garam / perasa pilihan secukup rasa
minyak


Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati kecuali minyak dan serbuk roti.
2. Bulat-bulatkan bahan tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
3. kemudian golek-golekkan di atas serbuk roti.
4. Panaskan minyak yang banyak untuk goreng terendam.
5. Goreng sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan.
7. Enak dimakan begitu saja!


Sama saja ceritanya dengan wantan goreng! Anak-anak berebut makan! Lebih baiklah buat begini daripada hidangkan ikan tenggiri goreng tapi hanya dipandang saja. Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. Sedapnya kak.. Boleh cuba nih.. Hubby suka ar makan kudap2 cani.. Nanti nak cuba yeay! Thanks kak for sharing the resepi.. Jap, jagung krim tu cane rupa dia ekk?
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak amie..
    memang nampak enak sangat... cicah dengan sos cili.. bertambah2 makan kalau camni sedap.. :) hari ni nani belajar 2 resepi ikan tenggiri.. bebola sup dan bebola goreng ini.. terima kasih kak..

    BalasPadam