Pages

Isnin, 14 Julai 2014

Kerepek Jejari Ketam Aroma Kari... terlajak sedap!

Lama benar rasanya tak mengunyah penuh asyik Kerepek Jejari Ketam. Pertama kali Amie buat kerepek paling sedap di dunia ini DI SINI. Dulu Amie buat tak payah bubuh apa-apa, cuma tambahkan daun kari saja... itu pun dah cukup sedap! Memang banyak kali fikir juga bila nak mulakan projek membuat kerepek jejari ketam ni, sebab terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiatnya! Apa pun, hendak seribu daya, tak hendak seribu daya kaannn...


Ambillah seberapa banyak jejari ketam yang nak disiat. Tapi pastikan jejari ketam tadi sudah cukup lembut dan mudah untuk disiat. Untuk kerepek jejari ketam kali ini Amie tambahkan serbuk kari. Amie bubuh sikit saja, anggaran 1 sudu makan untuk lebih kurang 1/2 kg jejari ketam... he heheh tak habis menyiat 1 kg tu!


Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam. Kalau nak tambah aroma kari lagi, masukkan sekali daun kari semasa menggorengnya. Bila kerepek nampak kuning keemasan, angkat dan toskan.


Siap dah! Tunggu benar-benar sejuk baru masuk dalam bekas kedap udara. 
 


Sebenarnya Kerepek Jejari Ketam Aroma Kari ini Amie buat kelmarin petang, ketika semua anak sedang tidur dari yang sulung sampailah yang bongsu termasuk Bapanya sekali! Tak seorang pun yang perasan ada snack lazat ni di dapur... ha hahaha... kalau kelmarin mereka tahu, tentu Amie tak dapat tangkap gambarnya (petang tadi).

4 ulasan:

  1. Akak pun kena guna strategi yg sama agar kuih jejari ketam ni panjang sikit umur nya hehe

    BalasPadam
  2. ni yg buat rasa hati teruja nak try resipi ni.. =)

    BalasPadam
  3. smlm ada org bg ni...bila nak rajin buat ni..

    BalasPadam