Pages

Rabu, 16 Julai 2014

Aloo Gobi

Petang tadi, sementara menunggu daging ayam lembut dalam rendaman sempat pula baring-baring depan televisyen melihat chef dari Kanada (kalau tak silap) masak Aloo Gobi (adeeehhh... tak pasti siaran apa, tapi Channel 703). Walaupun ini masakan India, tapi macam mudah pulak tengok orang putih masak. Kebetulan pula ada bahan-bahan untuk sediakan Aloo Gobi di dapur. Selesai saja chef tadi masak, Amie pun terus ke dapur berkira-kira nak buat Aloo Gobi yang sama!


Bahan-bahan:
1 cawan potongan kubis bunga
1 cawan potongan kentang - chef tak kupas kulit tapi Amie buang kulit
1/2 cawan kacang peas
1 labu bawang besar - dicincang
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu besar mentega
hirisan daun ketumbar
1 cawan air 
garam 

Cara:
1. Panaskan mentega dan masukkan jintan putih. Goreng sebentar dan masukkan pula bawang besar.
2. Setelah bawang besar layu, tambahkan serbuk kunyit serta serbuk kari. Gaul rata.
3. Masukkan kentang serta kubis bunga.
4. Tambahkan air dan tutup kuali.
5. Perlahankan api dan masak sehingga kentang menjadi empuk.
6. Masukkan kacang peas, dan perasakan dengan garam.
7. Gaul sekali lagi dan padamkan api dapur.
8. Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.



4 ulasan:

  1. Chief Michael Smith kak, kitaorg pun tengok last night. terus rerase nak buat juga.... ternyata kak Amie dah buat lebih dulu..

    nak tiru ah...

    BalasPadam
  2. Sedap kalau makan dengan roti canai ni... yummmm

    BalasPadam
  3. Waaa Amie..tengok terus je cuba ye, mesti sedap tu..

    BalasPadam
  4. aloo tu kentang..gobi tu kobis bunga..mknn suami sy kak amie..tp dia yg rajin buat..zila mkn jew..byk lg mknn diorg yg sedap2 kak..

    BalasPadam