Pages

Khamis, 8 Mei 2014

Udang Galah Masak Lemak Hijau

Dah masak untuk hidangan tengahari ini?
Amie nak kongsikan satu resepi tertunggak... Udang Galah Masak Lemak Hijau. Sebenarnya resepi ini sudah tersiar dalam Majalah Aroma Edisi Mei 2014 ini tapi Amie belum kongsikan dalam blog sebab terlupa! Silaha cuba resepi ini... udang galah masak lemak bubuh belimbing buluh!


1      Resepi : Udang Galah Masak Lemak Hijau
Bahan-bahan:
12 ekor udang galah saiz sederhana – bersihkan
200ml santan pekat
7 biji buah belimbing buluh
1 batang serai - dititik
Garam / gula / perasa pilihan
Minyak
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
10 biji cili hijau
1 sudu  makan udang kering – rendam hingga kembang

Cara:
1      1. Panaskana sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar termasuk serai hingga wangi.
2    2. Masukkan udang galah dan masak sehingga kulitnya berubah warna.
3    3. Masukkan belimbing buluh dan santan pekat.
4    4.  Masak dengan api perlahan sehingga kuah hampir pekat.
5    5.  Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.


2 ulasan:

  1. huwaaa!!!, udang galah, bestnya, buat berbuka sedap ni tp udang galah susah nak cari kat sini, kat sarawak dulu banyak dan harga lebih murah.

    BalasPadam
  2. wallahhhh..sedapnya udang galah. kat sini ada jual tapi nampak lebu..itu yang tak beli tu. Tengok udang galah kat amie, buat lagi teringin..uhuu

    BalasPadam