Hari ini sesi persekolahan di sekolah kami masih berjalan sebagai kelas ganti untuk cuti perayaan sempena Aidil Fitri pada Julai 2014 nanti. Sebaik sahaja Amie menghidupkan enjin kereta, kelihatan Fuad terburu-buru berlari ke arah kereta dan tergesa-gesa pula membuka pintu kereta dan melemparkan beg sekolah serta dirinya di bahagian belakang (memang kita ni jadi supir anak-anak... sebab dari Farid, Fuad sampailah Fairuz kalau naik kereta bersama Amie semuanya tak mahu duduk di bahagian depan, bersebelahan dengan Amie).
Fuad : Laparnya perut saya Mummy! Pagi tadi lupa nak minta duit belanja dari Baba.
Fuad : Laparnya perut saya Mummy! Pagi tadi lupa nak minta duit belanja dari Baba.
Amie : Baba tak bagi duit belanja ke?
Fuad : Baba lupa nak bagi. Saya lupa nak mintak.
Dalam hati Amie berkata : Alahai anak! Dah tahu tak ada duit belanja sekolah dan perut lapar kenapalah tak minta dengan Mummy! Kalau Fairuz pulak, Encik Suami dah bagi duit belanja, kalau boleh hari-hari minta Amie tambah sekurang-kurangnya RM1 atau RM2, tanpa segan silu masuk bilik guru mengecek he heheeh!
Dalam hati Amie berkata : Alahai anak! Dah tahu tak ada duit belanja sekolah dan perut lapar kenapalah tak minta dengan Mummy! Kalau Fairuz pulak, Encik Suami dah bagi duit belanja, kalau boleh hari-hari minta Amie tambah sekurang-kurangnya RM1 atau RM2, tanpa segan silu masuk bilik guru mengecek he heheeh!
Fuad : Sampai rumah nanti Mummy masak nasi ye.
Terfikir-fikir pula nak masak lauk apa.
Amie : Ada ikan patin dik. Nanti Mummy masak.
Fuad : Wah! Mummy jangan masak ikan patin dengan tempoyak!
Sementara menunggu nasi tanak dan lauk masak, Encik Suami suruh Fuad makan roti untuk alas perutnya. Hai... tak mahulah pulak dia makan roti. Jadi Amie suruhlah dia goreng kentang! Siapalah tak suka makan kentang goreng.... Tapi masih juga dua beranak tu membebel tentang duit belanja sekolah. Maklumlah biasanya Encik Suami akan bagi duit belanja sekali saja untuk belanja selama 5 hari (Isnin - Jumaat). Tak lama kemudian tak terdengar sebarang perbualan mereka sebab Amie sibuk di dapur dan kedua-duanya telah beralih tempat ke ruang tamu.
Memandangkan Fuad peminat tegar ikan patin, Amie tidak mahu seleranya tergencat kerana 'tempoyak' walaupun sebenarnya jauh di sudut hati memang teringin nak masak lemak cili api ikan patin bubuh tempoyak! Syukur Alhamdulillah! Di saat anak-anak remaja tak suka makan ikan air tawar, Fuad pula menggemarinya! Mudah-mudahan Fuad suka makan ikan air tawar sampai bila-bila sebab banyak khasiatnya bila selalu makan ikan iar tawar! Amie pilih masakan yang ringkas dan cepat untuk menyiapkannya, jadi Amie pun masaklah Asam Rebus Pedas Ikan Patin. Terbayang-bayang di mata rupa paras ikan patin dengan aroma kunyit hidup & daun kunyit yang semerbak terhidang panas! Aroma klasik tau! Dussss... terus terkenang Bondaku... terkenang masakan ikannya yang ringkas tapi harum dengan bau daun kunyit segar!
Sebaik sahaja Asam Rebus Pedas Ikan Patin siap dimasak, nasi yang ditanak pun sedang elok masaknya. Amie pun panggillah seisi rumah untuk makan memandangkan Fuad sendiri sudah menahan lapar dari pagi. Rupanya Fuad tertidur di hadapan televisyen. Bila Amie kejutkan untuk makan, katanya perut sudah kenyang makan kentang goreng! Jadi, Asam Rebus Pedas Ikan Patin akan jadi lauk makan malam nantilah jawabnya, sebab Encik Suami pun katanya masih kenyang!
Resepi : Asam Rebus Pedas Ikan Patin
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin seberat 1kg - bersihkan dan potong 6 bahagian - perap sebentar dengan jus limau nipis untuk hilangkan bau - cuci dan toskan
4 biji terung bulat hijau - belah 4
2 biji tomato - belah 4
1 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 helai daun kunyit - disiat-siat
1 keping asam gelugur
800ml air
garam /perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
11 biji cili padi
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 ibu jari belacan
1/2 ibu jari kunyit hidup
1/2 ibu jari halia
Cara:
1. Masukkan air ke dalam periuk / kuali.
2. Masukkan semua bahan kisar / tumbuk, serai, bawang besar dan asam gelugur. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daun kunyit, terung bulat hijau dan diikuti dengan ikan patin.
4. Masak selama 6-7 minit. Sebaiknya jangan dikacau selalu supaya ikan patin masak elok dan tidak pecah / hancur.
5. Setelah ikan patin masak, masukkan buah tomato diikuti dengan garam /perasa pilihan.
Assalamualaikum,
BalasPadamWaaaa, sedapnya asam rebus tu Amieeee, pekena dengan nasi panaas panas, mau bertambah dua tiga pinggan. Samala kita Amie, anak akak pun semua nak dok belakang kalau kita yang pergi menjemput, jadi drebar tak berbayar
Nampak cam sedap..nti leh cuba stok patin temerloh ada dlm aisbox
BalasPadamSalam Amie..poberet atie ikan patin ni..suka buat bakar..cicah ngan sambal kicap pedas!!
BalasPadamMmg feveret adaa patin ni. Sekarang jugak nak cuba!
BalasPadamhttps://adaainspiration.com
Sedap.. baru lepas masak.. tq.. minta halal resepinya
BalasPadamJap lagi nak masak ikut resipi ni..
BalasPadam