Pages

Jumaat, 18 April 2014

Popia Inti Burger

Selamat pagi semua. Hari Jumaat ni kami cuti sempena Good Friday. Semua ada di rumah kecuali anakanda Farid yang nun jauh di Labuan. Jadi. elok benarlah pagi ini Amie turun ke dapur, masak sesuatu untuk hidangan sarapan pagi kami sekeluarga.


Kali ini Amie kongsikan resepi Popia Inti Burger pula. Sesekali tukar inti tentulah terasa perbezaan dan keunikan rasa. Amie gunakan 6 keping Burger Ramly, tambah dengan satu tin jagung dan sebatang lonak merah cincang. Daging burger sudah ada perasa, jadi kalau nak tambah perasa lain bolehlah bubuh sikit saja, tapi tak bubuh pun tak apa. Selepas masak inti, Amie tapis untuk buang minyaknya.


Rasanya? Bagi kami sekeluarga sudah tentulah sedap sebab kami memang peminat tegar popia! Lagi satu, Amie makan Popia Inti Burger tanpa sebarang pencicah sebab rasanya memang sudah sedia sedap tapi Encik Suami dan anak-anak cicah dengan sos kegemaran masing-masing!


Nak resepinya? Boleh saja dong.... memang resepi untuk dikongsi bersama. Lepas ni bolehlah cuba buat ye... mana tahu Popia Inti Burger masuk dalam senarai hidangan ringan yang menjadi kegemaran keluarga!

Resepi : Popia Inti Burger

Bahan-bahan:
6 keping burger daging - hancurkan
1 tin jagung biji - toskan airnya
1 batang lobak merah - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa - pilihan (tak bubuh pun tak apa)
1 biji telur - pukul ringan untuk pelekat kulit popia
kulit popia secukupnya
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga harum dan layu.
2. Masukkan lobak merah cincang, jagung serta burger yang telah dihancurkan.
3. Gaul sebati dan biarkan sehingga masak.
4. Tambahkan perencah MAGGI Cukup Rasa (jika perlu).
5. Angkat inti popia ke dalam mangkuk penapis. Biarkan beberapa minit untuk mengalirkan minyak.
6. Bentangkan kulit popia dan letakkan inti di atasnya. Lipat kiri dan kanan kulit popia dan kemudian gulung. Lekatkan sedikit telur di hujung kulit popia untuk melekatkannya.
7. Goreng di dalam minyak terendam dengan menggunakan api sederhana panas.
8. Goreng hingga kulit popia kelihatan kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.


P/S : Sukatan daging burger ikut citarasa masing-masing. 

4 ulasan:

  1. assalam Amie..acik selalu buat ni dulu..tapi cuma letak daging burger dengan kacang peas dan jagung je

    BalasPadam
  2. selamat bercuti good friday...untung kerja kt sarawak & sabah kan?

    BalasPadam
  3. Assalam
    Popia inti burger, kreatifnya k amie ni mencipta resepi
    Sedapp tu

    BalasPadam
  4. Acik,
    anak-anak gemarnya jagung & lobak merah, jadinya kacang tadak he hehe

    Nasa,
    alahai... cuti sehari aje, ada juga hari-hari perayaan kami tak dapat cuti sebab jumlah penganutnya sikit je di sini...

    Mama Sara Nur,
    waalaikumussalam.... ni nak mudahkan kerja ni Mama Sara ha haha

    BalasPadam