Jom kita cerita tentang lemper. Bagi yang baru dengar 'lemper' inilah dia rupa paras salah satu daripada kuih-muih tradisi terutamanya dalam masyarakat Jawa. Biasanya di kampung kami, lemper dibuat beramai-ramai di rumah orang berkenduri. Bila lemper dibungkus ramai-ramai semasa rewang, moleklah kejadiannya. Taklah nampak hodoh macam yang Amie buat di bawah ni.... hihiiiii.... Sebenarnya nak buat lemper ini pun Amie telefon Bonda untuk pastikan betul tidaknya segala bahan yang perlu disediakan.
Resepi : Lemper
Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
20 helai kepingan daun pisang berukuran 12cm X 15cm yang telah dilayur
20 kepingan daun pisang berukuran 3cm X 12cm yang telah dilayur
40 batang lidi penyemat
Cara memasak pulut:
1. Rendam beras pulut selama 2 jam dan toskan.
2. Satukan beras pulut bersama santan pekat dan garam di dalam loyang.
3. Kukus sehingga masak.
Bahan inti:
2 cawan kelapa parut - sangan sehingga warna perang
1/2 cawan udang kering - goreng
7 ulas bawang putih - hiris nipis dan goreng
2 batang serai - ambil isinya - hiris halus dan goreng
1 sudu teh lada putih - tumbuk
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara membuat inti:
1. Tumbuk kelapa parut sehingga halus, udang kering, bawang putih serta
serai secara berasingan.
2. Satukan kesemua bahan yang ditumbuk di dalam mangkuk.
3. Gaul sebati bersama garam / gula / perasa pilihan.
Cara membuat lemper:
1. Ambil sekepal pulut dan leperkan.
2. Masukkan inti dan padatkan menjadi bentuk persegi.
3. Balutkan pulut berinti tadi dengan daun pisang ukuran 3cm X 12 cm.
4. Bungkus barutan pulut tadi di dalam daun pisang ukuran 12cm X 15 cm.
5. Kelepitkan kiri dan kanan daun pisang dan kemudian sematkan dengan
lidi.
6. Kukus sehingga daun pisang berubah warna menjadi layu.
Oleh sebab lemper yang Amie buat ni saiz besar.... sekepal-sekepal padat dalam genggaman, jadi makan 2 biji pun dan cukup kenyang!
Intinya memang cukup istimewa.... wangi kau!!! Tapi semasa Amie makan lemper yang telah masak, Amie cicah lagi dengan inti yang masih ada.... ha hahaha bukan makan lemper tapi makan inti pulak!
Salam Amie..skrg jarang dah org jawa kenduri lemper,remeh kerjanya.Biasanya diganti dgn kuih koci :)
BalasPadamAzatie,
BalasPadambetul tu, jumpa lemper pun sekali-sekala je di tempat orang kenduri
Salam Amie...baru pertama kali dengar lemper nie...
BalasPadamTeruja nak merasanya...copy dulu resipinya...nanti satu hari nak cuba buat lerr...
tq for sharing Amie.. nak cuba gak buat ni..
BalasPadamOoo mcm pulut panggang..cuma dikukus,, cantik balutan mcm kuih koci cuma ada kiri kanan..,unik kan mknn masyarakat kita
BalasPadamAda juga kawan orang jawa di johor, tapi tak pernah jumpa makanan ini dalam kenduri depa.
BalasPadamMama Ana,
BalasPadamsilakan.
Sheila,
wokeey Sheila... panjang2kan resepi warisan
Kak Ilah,
intinya ada beza dengan inti pulut panggang kak
Nasa,
tak semestinya ada dalam masjlis kenduri orang jawa sebab keturunan jawa sendiri pun ramai yang tak tahu adanya kuih ini (adik2 saya pun tak pandai buat & di kampung saya cuma sekali-sekala aje ada lemper dalam kenduri walaupun masyarakat jawa di situ)
Kemas bungkusan yg Amie buat.
BalasPadam