Pages

Rabu, 5 Mac 2014

Kari Ikan Ala Mamak

Anak-anak & Encik Suami suka dengan hidangan kari ikan ala mamak seperti yang pernah Amie masak DI SINI. Entah apa yang sedapnya.... tapi mungkin ada keunikan pada masakan tersebut berbanding kari ikan yang Amie biasa buat. Barangkali disebabkan tiada penggunaan pes kari seperti kebiasaannya dan mungkin juga disebabkan adanya kelapa sangan yang ditumbuk kasar. Apa pun, memang tidak rugi sekiranya anda ingin mencuba untuk hidangan keluarga!


Kali ini Amie gunakan ikan alu-alu atau barracuda. Bukan kepala ikan tapi potongan ikan. Amie hanya ada tomato, jadi masuk ajelah ... tanpa kacang bendi.


Resepi Asal: Kari Kepala Ikan
Sumber : Buku Resepi Masakan Mamak (Resepi Ala Gerai) : Chef Sarji

Bahan A:
1 kepala ikan - saiz besar (Amie gunakan 4 kepingan ikan alu-alu @ barracuda)
1/2 cawan asam jawa - bancuh dengan air
1/2 tin susu cair
5 biji bendi - Amie tak bubuh
2 biji tomato
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan garam
sedikit gula - Amie tambah sendiri

Bahan B:
2 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan manis
1 tangkai daun kari
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan C:
4 ulas bawang putih - dimayang
3 biji bawang merah - dimayang
1 1/2 inci halia - Amie hiris halus
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan jintan manis - Amie gunakan 1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan jintan putih - Amie gunakan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili 
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk lada hitam - bancuh dengan 2 sudu makan air panas
1/2 cawan kelapa parut - goreng (sangan) sebentar dan tumbuk kasar




Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis Bahan B sehingga berbau harum.
2. Masukkan bahan C dan tumis sehingga berbau harum, kemudian masukkan kepala ikan / ikan.
3. Tutup periuk sebentar supaya air ikan keluar dan masukkan air asam jawa.
4. Masukkan susu, sayur-sayuran dan garam (serta gula).
5. Masak dengan api kecil selama 12 minit.
6. Sedia dihidangkan.

2 ulasan:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  2. hai Amie, pekat likat dan terpikat lah dgn kari awak hahaha jgn marah hahhh

    BalasPadam