Pages

Jumaat, 3 Januari 2014

Sup Labu Air, Ikan Temparing Goreng & Sambal Belacan

Hidangan yang terasa enak & lazat sudah semestinya disajikan ketika perut sudah mula berkeroncong! Apa lagi ketika cuaca dingin begini, perut memang sentiasa minta diisi. Apa kata kita sediakan masakan kampung yang ringkas dan senang, tapi.... sudah pasti sungguh menggamit selera untuk menjamahnya.


Amie masak Sup Labu Air, Ikan Temparing Goreng dan tidak ketinggalan Sambal Belacan.... belacan dari Papar yang terkenal sungguh sedap itu!


Entah berapa hari lamanya labu air ini terbiar di dapur. Tak ada idea nak masak apa, dan akhirnya Amie putuskan untuk dimasak sup! 


Resepi : Sup Labu Air
Olahan: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 biji labu air - kupas kulit dan potong ikut suka
1/2 batang lobak merah - kupas kulit dan kerat menjadi 10 keping
1 inci halia - diketuk
sejemput ikan bilis - bersihkan
2 ulas bawang putih - diketuk
3 biji bawang merah - diketuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
700ml air

Cara:
1. Panaskan air dalam periuk dan didihkan bersama bawang putih, halia, ikan bilis, bawang merah dan lobak merah serta labu air.
2. Biarkan mendidih selama 20 minit.
3. Masukkan lada putih dan perencah MAGGI Cukup Rasa.
4. Padamkan api dapur.
5. Hidangkan panas bersama taburan bawang goreng & hirisan daun sup.



Sesiapa yang belum pernah melihat ikan temparing atau ikan lausu, Amie paparkan gambarnya di atas. Ikan di atas bersaiz agak kecil dan boleh terus digoreng seekor, tapi yang Amie goreng di bawah ini merupakan hirisan dari seekor ikan temparing seberat 1.7 kg. Amie bubuh bawang putih dengan halia tumbuk, serbuk kunyit, garam serta sedikit tepung jagung sebelum digoreng.



Tidak ketinggalan Sambal Belacan.... adeeeehhhh! Tak boleh cerita panjang-panjang nanti ngenceeessss...



Dan.... tak cukup Sup Labu Air, Amie tambahkan dengan gorengan terung Taiwan pulak! Apalagi... marilah... Bismillah.

3 ulasan:

  1. Fulamak Amie..gandingan mantop, tak cukup sepinggan nasi ni Amie.

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak...mmg kena la smua hidangan ni...

    Ikan tu penah tgk...tp x tau nama...hehe...

    BalasPadam
  3. Assalam kak amie..wah dapur kak amie mmg blm pernah lagi menghampakan, semua buat air liur meleleh, hari2 masak cam ni mmg kalah restoran, hehe..hepi new year buat kak amie sekeluarga ya ;)

    BalasPadam