Pages

Selasa, 10 Disember 2013

Nasi Goreng Pedassss & Sup Tulang Daun Kemangi!

Dapurku berasap kembali walaupun hanya untuk seketika!
Ingatkan hari ini Amie makan honeydew saja memandangkan duduk seorang diri di rumah... (sudah habis semangkuk potongan honeydew sebagai hidangan tengahari). Encik Suami dengan kerjanya, anak-anak semua di kampung (katanya bosan cuti sekolah asyik memerap di rumah). Tiba-tiba pukul 1 tengahari Encik Suami pulang ke rumah! Katanya... lapar! Dan terus ke dapur sambil menyebut... ada nasi lebih semalam punya kan, bolehlah buat nasi goreng!



Kita pun tergesa-gesalah buka peti sejuk, cari apa yang patut sementara Encik Suami tunaikan solat Zohor. Memang ada lebihan nasi dan juga lebihan sup tulang! Wokeyyyyy..... carilah bahan lain yang boleh digandingkan untuk menghasilkan nasi goreng.... udang kering, cili merah ada, cili hijau pun ada, cili padi banyak! Telur rebus pun ada juga!


Sebahagian daging yang masih lekat pada tulangnya tu Amie leraikan dan potong-potong kecil untuk dijadikan perencah nasi goreng. Terjumpa seikat daun kemangi @ selasih yang masih segar... terbayang pula alangkah enaknya aroma sup tulang yang akan dipanaskan nanti jika Amie tambahkan daun selasih! Kejap je nak siapkan nasi goreng... tapi bila nak hidang, Encik Suami tergesa-gesa kembali ke dapur.... boss panggil... katanya! Keluarlah lagi... tinggallah Amie sendiri lagi. Bolehlah tangkap gambar seadanya...



Resepi : Nasi Goreng Pedassss
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
1 biji cili hijau - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
1 sudu makan kicap pekat
1 cawan hirisan daging (daging yang Amie leraikan dari tulang - sup tulang)
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng
perencah MAGGI Cukup Rasa secukupnya
minyak

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
10 biji cili padi - nak lebih poedas boleh tambah lagi
sedikit belacan
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daging, kicap pekat dan gaul sebati.
3. Masukkan nasi putih, kacang tanah goreng, cili hijau dan cili merah. Gaul rata.
4. Perasakan dengan perencah MAGGI Cukup Rasa.
5. Padamkan api dapur.
6. Hidangkan Nasi Goreng Pedasss dengan Sup Tulang Daun Kemangi!

8 ulasan:

  1. salam Amie..tgk gambar pon dah trliur nih! :)

    BalasPadam
  2. waa sedapnyer...telan ailio nengok...gambarnyer pun cantik sangat....

    BalasPadam
  3. Simpel juga ni...
    Sy pun..klau duk tnggl ngan si kcik tu kak...mmg mlas nak msak...mkn je apa yg ada...hehe...

    BalasPadam
  4. Macam dah terasa kepedasan dan kelazatan rencahnya...sukaaaa!!!

    BalasPadam
  5. Rajinnya Amie masak...nasi goreng pedas berapi tu yang paling saya suka :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum amie nmpk sungguh menyelerakan nasi goreng tu...

    BalasPadam
  7. Salam K.Amie, tengok gambar pun dah terliur. Makan pula dengan sup, hmmm. Saya pun suka makan nasi goreng pedas2 ni...lagi pedas lagi syok :).

    BalasPadam
  8. alahai.. tengok gambar yg cantik je dah boleh bangkit selera

    BalasPadam