Pages

Isnin, 30 Disember 2013

Ikan Layar Masak Lada Hitam

Walaupun dah mulakan tugas hari ini, sebagai ibu daku tetap mengutamakan isi perut keluarga kecilku... ecewaaaahhhhh! Padahal tengahari tadi perut masuk angin sebab lambat makan dan terpaksalah Encik Suami belikan makanan! He hehheee.... ini gara-gara kisah malam tadi, sepanjang malam Firdaus tak tidur, asyik meragam menyusu badan sampai ke pagi... alasannya sebab giginya dah nak keluar! Bangun pagi terlewat pulak... terus siap bergegas pergi ke sekolah sebab mengurus pendaftaran pelajar tingkatan 4. Itu yang tak sempat sarapan pagi, bertugas  hingga lewat pukul 12 tengahari!
Wokey... kita lihat hasil air tangan ibu yang sering kelam-kabut hidupnya ni... Amie sediakan Ikan Layar Masak Lada Hitam.


Biasanya Amie masak ikut cara MIL, bubuh lada putih yang memang menjadi kegemaran keluarga, tapi kali ini Amie cuba gunakan campuran lada putih dengan lada hitam pula. Sesekali menderhaka apa salahnya kan... bukan apa, kita mempelbagaikan resepi. Kalau tak cuba mana kita tahu sedap tidaknya. Apa pun masakan MIL memang tidak dapat Amie tandingi, terutama rasa lada putihnya... MIL bubuh banyak, mungkin sebab MIL ada pokok lada putih di belakang rumah kot!



Kepada sesiapa yang belum pernah melihat ikan layar, Amie paparkan kepingan ikan ini di atas. Nampak tak berapa segar sebab Amie dah simpan beberapa hari dalam peti sejuk. Sekarang memang susah nak dapat ikan layar di pasaran, dan kalau kami jumpa pun barangkali dalam setahun hanya sekali atau dua kali saja! Bagi sesiapa yang pernah baca entri Amie sebelum ini tentang hidangan ikan layar ini, sudah tentunya boleh membayangkan betapa besarnya ikan yang boleh mencecah sehingga 90kg seekor dan panjangnya boleh melebihi 3 meter!




Sisiknya agak unik... kena cungkil sedikit kulitnya, dan akan kelihatanlah sisiknya yang berbentuk runcing seperti di atas. Semakin ke bahagian perut ikan sisiknya semakin tajam dan panjang seperti jarum.

Resepi : Ikan Layar Masak Lada Hitam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 keping ikan layar seberat 1kg - bersihkan dan potong ikut citarasa
1 sudu makan pati asam jawa - bancuh dengan secawan air
3 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat
1 labu bawang besar - mayang kasar
1/2 cawan minyak
1 sudu teh lada putih tumbuk
1 sudu makan lada hitam tumbuk
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
2 inci halia
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk  dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ikan layar dan gaul seketika sehingga ikan berubah warna atau kelihatan layu.
3. Tambahkan sos lada hitam, kicap pekat,  bancuhan air asam jawa dan lada hitam serta lada putih tumbuk. Biarkan sehingga ikan masak.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.



Tumisan nampak kekuningan, bukan disebabkan Amie bubuh kunyit tapi Amie gunakan minyak masak Carotino.



Habis licin dah!

8 ulasan:

  1. Salam kak amie.. alahai struggle nyer nk buang sisik ikan ni ye..kalau tun dh suruh org pasar yg jual tu buangkan sisik dia. hihi..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie..saya belum pernah melihat ikan ni apa lagi makannya..cuma...wahhhh leceh juga yaaa nak buang sisik ia..kena teliti takut ada yang tertinggal...almaklumlah keluarga yang ada anak2 kecil ni...kena hati-hati siket kan kan kan...

    Apa pun selamat menyambut tahun baru 2014 yang bakal menjelang beberapa jam lagi...Semoga kedatangan tahun baru ini memberi lebih sinar dan keceriaan buat Kak Amie sekeluarga...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum amie..pernah dgr ikan layar tapi x tau cemane rupanyer...lagi jadi jakun x pernah makan ..slmt thn bru buat amie sekeluarga...

    BalasPadam
  4. Amie..sejak mengikuti blog Amie ni,banyak jenis ikan yang Amie perkenal, sesetengah tu memang ummi tak pernah tengok pun. Tq ye berkongsi info dan resepi sekali.

    BalasPadam
  5. salam...acik amie,mak saya suruj ucap tq sbb tunjukkan cara buang sisik ikan layaran tu..Sebab mak saya simpan ikan layaran yang kawan dia kasi dh dekat 1/2 tahaun sbb xtau nak masak apa..Mak sy cakap esok dia nak masak ikan tu cam accik buat..tq acik amie

    BalasPadam
  6. It's always helpful to read through content from
    other authors and practice something from other sites. 토토사이트

    BalasPadam
  7. 토토 What's up, of course this article is really pleasant and
    I have learned lot of things from it concerning blogging.

    thanks.

    BalasPadam
  8. It's an awesome article for all the online
    people; they will obtain benefit from it I am sure. 스포츠토토

    BalasPadam