Petang kelmarin Encik Suami terus pecut kereta dari Tawau ke Lahad Datu bila kakak ipar telefon bagi tau Firdaus panas badan. Katanya... selepas Amie telefon pada malam Isnin, sejam kemudian Firdaus diam saja, dan kemudian badannya agak hangat. Kami pun rasa tak sedap hati sepanjang perjalanan.
Dah bawa ke klinik pukul 8 malam semalam. Doktor kata demam biasa dan bagi ubat demam. Pukul 4 pagi tiba-tiba panas mendadak sampai menggigil, menangis dan tersentap-sentap badannya....
Kata Encik Suami : Ini tak boleh jadi. Kena bawak lari ke hospital sekarang juhak!
Baru keluar dari emergency ward.... syukurlah setelah masuk ubat, mandikan, dan ambil suhu badan sekali lagi, turun darjah kepanasannya dari 38.7'C kepada 37'C!
Melepas rindu.... Tak mahu lepas dari dukungan Mummy & Baba. Siannya sayang Mummy... adakah sebab demam kerana rindu kena tinggal? Atau nak tumbuh gigi...
demam nak besar tu :)
BalasPadamAssalamualaikum amie..
BalasPadamsemoga firdaus cepat sembuh yer.. aminnn..
fiyya dulu waktu nak tumbuh 2 gigi bawah tu.. mmg demam lama gak.. demam panas sampai 2 kali kena gi klinik.. tapi ok lagi tak kena tahan wad.. sbb fiyya masih ada air dlm badan.. demam tapi menyusu sepanjang masa,, hmmmm harap2 firdaus cuma demam nak tumbuh gigi.. demam pecah gusi kan.. agak berat utk mereka insan kecil utk lalui.. kan..
Siannya firdaus...cepat sihat yer...
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamAlhamdulillah, dah sihat nampaknya anak mama. Demam panas mmg tak boleh dibiarkan Amie, kena cepat2 jumpa doktor. Akak dulu pernah alami situasi sebegini, malahan anak kerap tarik dn dimasukkan ke hosp beberapa kali, sampai la ni fobia lagi, bila panas sikit aja jantung ni mulala berdegup kencang takut perkara yang sama berulang kembali. Tapi selepas 6 tahun alhamdulillah tak sihat.
opss pembetulan, selepas 6 tahun bertambah sihat.
BalasPadamaunty doakan semoga firdaus cepat sembuh.....amin
BalasPadamAlahai kesiannya...demam rindu kot Amie. Moga Firdaus cepat pulih sepenuhnya. Salam caaayaang dari ummi buat Firdaus comel
BalasPadamAnn,
BalasPadamagaknyalah tu... atau nak tumbuh gigi juga
Jassnani,
kesian kalau anak-anak sakitkan Nani... semuanya dia rasa tak selesa. Firtdaus memang siang malam nak tidur atas bagu, nak nenen sepanjang waktu...
Adda,
alhamdulillah dah beransur sihat dia.
Wattie,
BalasPadamwaalaikumussalam.... betul tu Wattie... kami pun sentiasa berjaga-jaga. Syukurlah Encik Suami cepat bertindak berkejar ke hospital..., ingatkan dah makan ubat demam yang doktor bagi di klinik malam tu dah okey, rupanya sebaliknya pula. Sekarang Firdaus dah mula okey.
Kayumanis,
terima kasih banyak.... Firdaus dah beransur sembuh, alhamdulillah.
Ummiross,
katanya memang demam rindu... rindu nenen gantung kata kakak ipar, hai... manja betulo bila demam... dah disampaikan salam sayangnya tu Ummi he heheh.