Pages

Ahad, 27 Oktober 2013

Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna & Serunding Kelapa

Bertemu lagi di pagi minggu yang nyaman dan mendamaikan! Dah sarapan ke belum? Kalau belum mari datang ramai-ramai ke dapur Amie.... kita sarapan dengan nasi kuning. Lama tak buat nasi kuning ni. Boleh rujuk DI SINI juga kalau ingin tahu cerita lama Amie tentang nasi kuning.


Tuan punya dapur akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai urusan....   dan sudah tentunya dalam banyak-banyak urusan tu satu urusan yang mengasyikkan sampai dapur tak berasap sudah tentulah melayan keletah si kecil Firdaus! Rasa seronok bermain dengan Firdaus yang sudah mula aktif pusing-pusing badan, dan belajar duduk mengalahkan hasrat untuk masak di dapur ha ha hahaha.... sib baiklah Encik Suami sporting. Makan sajalah di luar ye.... Apa pun, sesekali Amie turun juga ke dapur....!

Resepi : Nasi Kuning 
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
4 cawan beras
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / kiub / perasa pilihan
500ml pati santan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

Ada yang merendam beras semalaman bersama kunyit, dan dikukus pada keesokan harinya. Namun begitu, terpulanglah kepada kehendak dan citarasa masing-masing untuk menghasilkan nasi kuning ini. Sesetengahnya pula mencampurkan segenggam beras pulut untuk ditanak bersama.





Sambal Ikan Tuna
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 keping ikan tuna
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan
1 batang serai

Cara:
1. Lumurkan ikan tuna dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pati asam jawa.
4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Padamkan api dapur.
6. Hidangkan bersama nasi kuning.



Resepi : Serunding Kelapa
Sumber : Nozia Amil Basah & Alias Selliming

Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut - (kalau boleh gunakan isi kelapa yang agak muda, dan buang kulit ari)
3 sudu makan udang kering - rendam dan toskan airnya kemudian ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan cili kisar
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, dan cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan kelapa parut , serbuk kunyit, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
4. Gaul rata dan balik-balikkan sehingga serunding menjadi kering.

5 ulasan:

  1. amie..nak sikit..sdapnya..acik ni memang tengah lapar ni he he

    BalasPadam
  2. Salam amie...klu singgah sini mmg kena 'telan' airliur jer sbb juadahnya..sedap2 belakaaa!!

    BalasPadam
  3. Sdapnya kak...hri ni st msak simpel je...pngang ayam...dgn nasi hujan pnas....hafiz dmm tu kena msak yg ringkas je...

    BalasPadam
  4. Acik,
    jemput... memang masak lebih sebab budak2 suka makan lebih sekali.

    Azatie,
    diet yang berkesan tu Tie.

    Syifa,
    tu bukan simple lagi tu Syifa... dah menu berat tu tau.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..amie..telan air liur jerlah saya nmpknya...

    BalasPadam