Hari ini, 30 September 2013, Abang Farid genap 18 tahun.
Walaupun Abang Farid jauh di Labuan, tapi Mummy tetap buatkan sebiji Kek Coklat Keju kegemaran Abang. Hiasan kek ini ringkas, dan kurang kemas (maklumlah Mummy masih proses belajar mendeko), namun Mummy sangat berpuas hati kerana dapat menghasilkannya sempena hari ulang tahun abang pada tahun ini. Adik Fairuz yang cadangkan Mummy susun buah peach dan strawberry di atasnya.
Setiap tahun Abang akan raikan ulang tahun bersama rakan-rakan Abang di rumah, tapi kali ini disebabkan situasi Abang yang berjauhan dari keluarga... nampaknya adalah wakil Abang untuk merasmikan kek hari jadi!
Ha.... ini dia model kek yang terpilih! Terkejut Firdaus bila Fuad letakkan sebiji kek di hadapannya!
Tapi kejap je rasa hairan Firdaus tu.... Lepas tu dia pun majukan dirinya untuk mencapai kek di hadapannya! Teruja betul Firdaus melihat kek ulang tahun Abang Farid... maklumlah ada warna merah, barangkali itulah yang menarik perhatiannya!
Wah! Akhirnya sampailah si kecil ini merangkak betul-betul menghampiri kek!
Bukan main suka lagi dia..... dan di bawah ini, apa yang direnungnya ya!
Hei.... diam-diam je, tadi bukan main lagi ketawa... sekarang senyap pulak dah! Buat apa tu sayang? Eh... nampak melelh pulak air liur!
Hah.... tu dia! Firdaus sudah rasmikan kek ulang tahun Abang Farid! Sempat lagi dia colek topping kek masuk mulut.....
Selamat ulang tahun ke 18 Abang Farid. Semoga gembira bersama teman-teman seperjuangan. Jaga kesihatan, jaga makan minum, dan teruskan menimba ilmu demi masa depan untuk agama, bangsa dan negara.
cantikkk kek tu kak...mengeliurrrrkan..
BalasPadamfdaussssss.....geramm tengok budak montel tu....
selamat hari lahir buat abg farid...liza pun geram tgk pipi budak montel tu...ihihi
BalasPadamselamat ulang tahun Farid..
BalasPadamyang seronok sangat nya firdaus he he
Happy birthday Abg Farid, hehhe suker tul tgk Firdaus comey tul ngan mate bulat dia tu hehehe...
BalasPadamTq Mas, coklatnya tu tak kemas, perlu diperbaiki.
BalasPadamLiza,
tq ....memang rasa nak gigit2 je.
Acik, tq Acik.... tu laaa, birthday abangnya, Firdaus pulak yang lebih2 he heheh.
BalasPadamDelima,
tq.... bila nampak warna merah bertambahlah bulatnya ata dia ha hahah.
So sweet Amie..kasih ibu, walaupun anak jauh dimata, kek tetap ada.
BalasPadamHappy birthday Farid, moga diberkati Allah SWT sentiasa.
Hehe yang tak menahan nak gelak ni, bila tengok Firdaus tu, meleleh kat mulut topping kek tu.
hahahaha... lucu je tgk firdaus. bulat mata nmpk kek kat depan :)
BalasPadamhish...geram betul dengan dak pidaus ni... tengok matanya tu booolat kemain.. btw happy birthday farid...
BalasPadambukan main suka lagi firdaus tengok kek tu..simple dan cantik deko kek.
BalasPadamSalam Amie..bkn main bolat bijik mata firdaus nampak kek ya!Selamat hari lahir utk anak bujang Amie jua..
BalasPadamp/s:Minta izin copy resepi peria tu ya..t/kasih amie