Pages

Selasa, 13 Ogos 2013

Satu Hari di Pagi Raya

Kenangan di pagi raya pertama. Tahun-tahun sebelum ini kami tidak pernah beraya di rumah sendiri. Kalau tidak beraya di kampung Encik Suami, kami beraya di Selangor. Nampaknya sudah 3 tahun berturut-turut beraya di Selangor, dan tahun ini kami ambil keputusan beraya di rumah sendiri.


Selepas solat Aidil Fitri, keluarga kecil kami berkumpul di dapur untuk menikmati juadah di pagi raya.


Inilah antara juadah yang sempat Amie sediakan pada sebelah malam hingga ke pagi raya. Sudahlah sendiri di dapur, banyaklah pula kenang-kenangan raya zaman remaja menerpa kembali dalam ingatan. Tambahan pula radio siaran Klasik Nasional banyak memutarkan lagu-lagu ketika zaman remaja di kampung, diselang-seli dengan lagu-lagu raya. Sambil bertakbir, sambil pula tangan ligat menyiapkan apa saja juadah yang sempat dibuat. Ketupat pun tak banyak... cuma 15 biji saja, itu pun besarnya mengalahkan penumbuk Encik Suami! Beli daun ketupat sebanyak RM6 dapat 18 helai! Mahal betul dah sekarang ni... mungkin akan datang anak cucu kita sudah tidak dapat melihat rupa bentuk ketupat sebenar sebab daun kelapa semakin sukar diperolehi.


Gaya 3 abdul yang tak sabar-sabar untuk menjamah hidangan di pagi raya. Lauk-pauk ketupat yang sempat Amie sediakan termasuklah rendang tok, sambal kacang, semur ayam dan juga sambal goreng Jawa serta serunding kelapa.


Dalam banyak-banyak lauk, semur ayam juga yang jadi rebutan anak-anak! 


Firdaus tak boleh makan lagi sayangggg..... pandang-pandang sajalah ye.



Semur Ayam memang sangat digemari Fuad. Agaknya takut habis lauk tu, tak senang duduk dibuatnya! Walaupun penuh lauk di pinggan, matanya asyik menjeling memandang Semur Ayam!


Akhirnya diambilnya lagi Semur Ayam yang tinggal separuh dalam piring lauk! Tengoklah muka Farid dah mula berkerut... takut Semur Ayam habis diambil Fuad!



Makanlah sayang.... sepanjang malam Mummy sediakan juadah ini memang untuk kamu semua nikmatinya di pagi raya.


Inilah gaya Fairuz & Fuad kalau sudah bertemu dengan Semur Ayam! Tak pandang lagi lauk yang lain!


Lepas makan, kami keluar menziarahi sanak saudara sebelah Encik Suami. Sempat juga ambil gambar sekeluarga. Nampak betullah muka Amie yang layu-layu tak cukup tidur, he heheheh tak sempat make-up lagi tu.... hihihiiii! Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin daripada Amie's Little Kitchen.


10 ulasan:

  1. selamat hari raya Amie...
    maaf zahir & batin dari MaDiHaA..

    seronoknya tgk sambutan raya Amie sekeluarga... mcm2 yg dimasak ye... walaupun beraya dirumah sendiri tp nampak tetap meriah juadahnya..

    rindunya rasa lebih seminggu tak melawat blog Amie & kawan2... macam2 cerita yg dah terlepas...

    BalasPadam
  2. Selamat hari araya Amie..bila amie tulis macam tu..buatkan acik teringin nak mencuma masak semur ayam tu..mesti sedapkan amie

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya amie, terasa mcm nak buat juga semur ayam tu, bila tgk anak2 amie semua suka. dah ada resipi kat blog ke, teruja ni

    BalasPadam
  4. Madiha,
    selamat hari raya Madiha.
    Amie pun dekat seminggu juga cuti berblog ni Madiha he hhehh lepaskan letih buat kek lapis tempahan.

    Acik,
    selamat hari raya Acik... semur ayam ni memang hidangan terkenal di kampung kami bila hari raya Acik.

    Rosa,
    selamat hari raya Rosa... ada dah beberapa kali masuk blog, cari yang oroginal resepinya ye.. Semur Ayam, masakan orang kampung kami.

    BalasPadam
  5. Salam Aidilfitri buat Amie sekeluarga.
    Seronok tengok gambar2 ni,meriah makan2 sekeluarga di pagi raya.

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya Amie, maaf zahir batin...

    BalasPadam
  7. Selamat hari raya amie n family.. :) meriah gak walaupun beraya kat rumah sendiri.. cantek tema baju raya tahun ni... :) seronok kan.. meriah anak2 dapat bersama sekali sekala..

    BalasPadam
  8. selamat hari raya amie...ramai lelaki dlm family amie..saya plak ramai perempuan :)

    BalasPadam
  9. Mana resepi semur ayam nyer Kak?

    BalasPadam
  10. Mana resepi semur ayam nyer Kak?

    BalasPadam