Berkat sabar menanti dan mencari akhirnya Amie temui resepi Nasi Ayam Penyet idaman! Terima kasih daun keladi buat Cikgu Warite Laeda yang sudi berkongsi resepi Nasi Ayam Penyet ini. Ketika sedang menyampuk-nyampuk cerita tentang resepi ini tiba-tiba ada seorang ibu ingin berurusan dengan Amie tentang masalah kehadiran anaknya. Jadi Amie pun tergesa-gesa meninggalkan meja Cikgu Warite, tetapi dapat juga mencatat beberapa bahan yang diperlukan tanpa sempat bertanya berapa sukatannya dan bagaimana cara memasak tiap-tiap bahan tersebut.
Inilah hasilnya Nasi Ayam Penyet versi terbaru yang Amie sediakan untuk juadah berbuka bersama keluarga kecil kami. Sebaik sahaja keluar dari pintu pagar sekolah, kepala Amie memang sudah penuh dengan pelbagai bahan yang perlu disediakan untuk menghasilkan hidangan ini. Lewat pukul 3 petang Amie sampai ke rumah, dan ketika menidurkan Firdaus Amie pun ikut tertidur sehinggalah pukul 4.30 petang. Nampaknya Amie perlu segera bersilat di dapur memandangkan waktu berbuka puasa hari ini pukul 6.25 petang.
Setelah merasai sendiri keenakan Nasi Ayam Penyet versi istimewa ini, Amie cadangkan supaya rakan-rakan mencubanya, dan jangan bertangguh sebab bila asyik bertangguh memang tak akan jadi sampai bila-bila. He hehehhe... apalah Amie ni, nasihatkan orang pulak ye, suka hatilah orang nak buat ke tidak, ye tak! Oh ya! Antara sebab resepi ini sungguh istimewa:
1. Ayam direbus sehingga separuh masak bersama air kelapa dan rempah-rempahan, dan kemudian dipenyet (ditekan - Amie tekan dengan permukaan parang belitung sehingga tulang ayam patah). Selepas itu panggang ayam hingga masak.
2. Tempe dan tauhu direbus terlebih dahulu dengan air kelapa bersama beberapa bahan yang lain termasuk gula merah, ketumbar serta bawang.
3. Sambal ulek yang sungguh enak... kesemua bahan digoreng terlebih dahulu dan kemudian diulek - oleh kerana Amie tidak ada 'pengulek' Amie tumbuk saja dalam lesung!
4. Sepatutnya ada keropok melinjo - disebabkan Amie pun asyik terkejar-kejar dengan 'masa' habis lintang pukang semua bahan yang hendak dibeli sehingga terlupa untuk membeli keropok melinjo di pasar. Jadi cacatlah sikit Nasi Ayam Penyet Amie kali ini sebab tak cukup aksesori.
Apa yang Amie sebutkan di atas merupakan ilmu yang disampaikan oleh Cikgu Warite yang diturunkan secara lisan kepada Amie pada pukul 11.05 minit pagi tadi. Jadi, sekarang Amie perturunkan pula ilmu tersebut secara tulisan melalui perkongsian maya bersama teman-teman semua.
Bila Cikgu Warite sebut tentang air kelapa tua, tertanya-tanya pula mana nak cari! Cikgu Warite kata, minta saja dengan penjual kelapa parut di pasar. Amie pun minta air kelapa tua dengan penjual kelapa parut, tapi katanya kelapa tua tak ada air, yang ada cuma tombongnya saja. Penjual kelapa parut tadi suruh anaknya cari beberapa biji kelapa yang agak muda, dan dapatlah Amie air kelapa daripada 3 biji kelapa! Sebenarnya, Amie konon-konon beli kelapa parut dulu, barulah minta air kelapa! Memang tak dijual pun, tapi Amie hulur juga sebab lain kali taklah segan nak minta lagi he he ehhhh....
Wokey, di bawah ini Amie turunkan resepi Ayam Penyet seperti yang disebutkan oleh Cikgu Warite. bagaimana pun segala bahan yang digunakan Amie gunakan sukatan sendiri. Amie tidak sempat pula bertanya adakah serai perlu dikisar atau hanya dititik sahaja. Amie kisar semua bahan menjadi satu. Dan sukatan air kelapa pun, Amie bubuh ikut agak-agak sendiri.
Ayam Penyet
Bahan:
3 keping daging ayam bahagian peha
4 cawan air kelapa
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
2cm kunyit hidup
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan daging ayam.
4. Tekan / penyetkan daging ayam - Amie gunakan permukaan parang belitung sehingga tulang ayam kedengaran patah.
5. Panggang daging ayam sehingga masak.
Jangan lupa Sambal Ulek sebagai pelengkap Nasi Ayam penyet. Tanpa Sambal Ulek, Nasi Ayam Penyet tak ada ertinya hohohooooo....
Sambal Ulek
Bahan:
1 genggam cili padi - kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit
3cm belacan
7 biji bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah 8
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', tapi kalau tak ada memadailah gunakan lesung batu macam Amie gunakan.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
Nota : Komen anak-anak & Encik Suami : Sambal Ulek sangat sedap!!!!!
Seterusnya kita tutorial Tempe dan Tauhu Bacem pula. Amie pun tak sempat nak tanya Cikgu Warite berapa banyak sukatan air kelapa untuk merebus kedua-duanya, boleh atau tidak direbus campur atau perlu berasingan dan lama mana bahan-bahan ini hendak direbus. Di bawah ini amie turunkan resepinya ikut olahan Amie ye.
Tauhu & Tempe Bacem
Bahan:
potongan / kepingan tempe secukupnya - 2 batang - dipotong 7 setiap satu batang
potongan / kepingan tauhu secukupnya - 4 keping dibelah 2
air kelapa - agak-agak atas paras tauhu dan tempe
minyak
Bahan kisar:
1 sudu makan ketumbar biji - disangai terlebih dahulu
gula merah atau gula batu - sebesar 2 ibu jari
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
garam / gula / perasa pilihan
Cara: Amie rebus berasingan
1. Bahagikan bahan kisar kepada 2 dan masukkan dalam periuk.
2. Tambahkan air kelapa secukupnya ke dalam periuk.
3. Masukkan tempe dan tauhu ke dalam periuk masing-masing.
4. Masak sehingga kuah mengering.
5. Panaskan minyak dan goreng bahan tadi hingga masak.
Nota: Sesungguhnya ini merupakan kali kedua Amie makan Tempe & Tauhu Bacem setelah hampir 3 tahun mencari resepi ini! Kali pertama Amie makan Tempe Bacem... di Bandung!
Komen : Enaknya Tempe Bacem sungguh tak terkata! Bayangkan setelah direbus dengan pelbagai bahan, digoreng pula!
Ini Tauhu Bacem. Pada mulanya Amie bayangkan tauhu akan melekat dalam kuali akibat direbus, tetapi sangkaan Amie salah sama sekali! Jadi... kawan-kawan, jangan takut mencuba! Bila digoreng, tauhu tidak meletup-letup seperti byang dijangkan sebelumnya!
Sampailah masa untuk menghidangkan Nasi Ayam Penyet. Sediakan nasi putih secukupnya, Ayam Penyet, Sambal Ulek, Tempe Bacem, Tauhu Bacem, ulam daun kemangi, terung goreng & timun serta keropok melinjo!
salam Amie..mmg nampak sedap tuh!Rajinnya Amie ni....
BalasPadamkalau paling sedap dah tajuk tu memang kena cuba ni..
BalasPadamAmieeee....!!!! bila la saya ada masa nak cuba Masak Ayam Penyet nih!
BalasPadamSebab....
saya tak pernah pegi mana mana kedai Ayam Penyet pun. Dalam ertikata lain, saya tak pernah makan Ayam Penyet di sini. (Di Jakarta pernah 2 kali, tapi di sana disebut Ayam Presso)
E-na selalu buat sambal mcm ni hasil dari merasa sambal di cafe uitm,(tambahan bawang besar yang di belah2) mmg sedap dan boleh simpan lama dlm peti...e-na namakn sambal indon sbb pekerja indon yg masak kt cafe tu...ni baru tau nama sebenar...sambal ulek...hihiii
BalasPadamsedapnya..
BalasPadampagi2 dah terliur nasi ayam penyet ni..
perghhh, terliur pulak pg2 ni, nasib baik puasa...hihihi
BalasPadamBetul- betul mengancam wooo....nda sabar mo makan nasi ayam penyet...memang ada ciri khas yang tersendiri....
BalasPadamAkak Amie..dah lama mieza ingin try nasi ayam penyet sehingga skg belum pernah cuba..pernah makan sekali di pasir gudang masyaAllah sedapppp sgt..wiken ni nak try lah kak..TQ share resepi
BalasPadamsedapnya amie... kalau dapat 1 set ni.. terbongkang kenyang.. peha ayam tu terselak terus nampak isi nya.. menambahkan selera.. ngan tauhu dan tempe yang sangat sedap goreng camni..
BalasPadamwahh pengsan! sedapnyaaa
BalasPadamAmie tengok sambal ulek Amie tu teringat satu kedai ayam penyek kat Kuching yg sedap sangat sambal uleknya, ummi ada juga tanya, dia bagitau juga ada masuk tomato dan goreng dulu semuanya, sambalnya pedas kaw2 tapi nyaman gilak kata orang Sarawak hehe..rasanya hari ni ummi dah dapat resepi yg tepat kat blog Amie, tq Amie berkongsi resepi ni.
BalasPadamadeh.. menitik air liur atas keyboard nih haa.. tun mmg sukaa sgt mkn nasi ayam penyet.. biasa berjam2 tun perap ayam tu. ni xde perap2 ye kak.. special masak guna air kelapa muda.
BalasPadamSalam Amie...duk baca penerangan Amie pun dah meleleh air lio teman...kata org Perak.
BalasPadamCopy resepi ye Amie...nanti nak cuba buatlah....bila xtau le lagi.
Terima kasih juga atas kesudian Amie...berkunjung ke blog mama...
Salam kak amie..
BalasPadambaca laju2 tapi tgk gambar lamaaaaaa, kecur liur hihi
Salam aidil Fitri Amie. Minta izin Amie aku nk copy ayam penyet Amie ni. Nk Try. TQ Smoga Amie diberkati Tuhan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSumber inspirasi untuk hidangan tengahari ni. Alhamdulillah.
BalasPadamKalau ayam tu digoreng instead of panggang boleh tak?
BalasPadamKalau ayam tu digoreng instead of panggang boleh tak?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam kak amie, mane nk dpt tempe gulung tu? terliur tgk kak amie post nasi ayam penyet ni...
BalasPadamserius terliur tgk...sedapnyaa!! nak tanya kalau ayam tu tak panggang kalau kita goreng semula boleh tak?? rumah tak de oven...huhuh
BalasPadamwww.mummysayf.blogspot.com
Sal emie... thanks for share the recipe... my family semua suke n diorg siap bgtau blh jual kalau mcm ni... huhuhu terima kasih ei.. sedap sgt2 walaupun baru first time cube
BalasPadamMemeng kena cuba ni.
BalasPadamsalam amie..terima kasih berkongsi resepi moga berbahagia selalu..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAlhamdulillah....terima kasih atas perkongsian resepi. Byk dh tengok resepi ayam penyek. Resepi ni mmg special.
BalasPadamAssalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..
BalasPadamsalam kenal..
BalasPadamsedappppnyer.. tak pernah cuba , tp disebabkan resepi amie..sy dah tak sabar..thanks!
KAwan saya suka makan ni.
BalasPadamKajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!
Baru je cuba masak tadi, semua okay, cuma sambal ulek je yg mcm lain sikit.. mungkin sbb saya blend bahan2 untuk buat sambal tu kot, sbb tu x jadi..
BalasPadamSedapnya.. saya suka mkn nasi ayam penyet sebab sambal nya sedap dan pedas.. hehehe
BalasPadamMmg sedap.... last mkn kat MEDAN selera 0ne Utama Kompleks...mmg sedap....
BalasPadammmmss..mantap nih Resepnya
BalasPadamTAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI
BalasPadamAdakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami di
Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
balas e-mel di bawah ini sahaja.
Whats-app +918256953815
mrwilliam751@gmail.com
Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.
1) Nama Penuh:………
2) Jantina: ………
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
4) Tempoh Pinjaman:………
5) Negara:………
6) Alamat Rumah:………
7) Nombor Telefon Bimbit:………
8)Pendapatan Bulanan: ………………………
9) Pekerjaan:………………………………
)Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………
Terima kasih dan salam mesra.
mrwilliam751@gmail.com
+918256953815