Pages

Selasa, 16 Julai 2013

Ayam Daun Limau Purut

Masakan Nyonya memang unik, menerbitkan aromanya yang tersendiri dan hidangan itu sendiri sebenarnya mampu bercerita tentang pelbagai budaya yang terangkum di dalamnya! Waduh! Sukar untuk menterjemahkan keenakan masakan ala nyonya sebenarnya! Adakalanya kita temuai begitu banyak capuran rempah, herba dan sebagainya dalam satu-satu resepi, tapi tidak mungkin seseorang akan mengatakan hasilnya kurang enak! 


Jom kita lihat resepi Ayam Daun Limau Purut yang Amie paparkan untuk petang ini.  Anda tidak memerlukan banyak bahan, cukup sekadar memetik beberapa helai daun limau purut (jika anda tanam sendiri - Amie tanam di sebelah pintu dapur! Kemudian carilah bahan-bahan lain dalam bakul bawang, ambil bawang merah dan bawang putih.  Tambah sedikit lagi dengan beberapa biji cili kering, cili merah dan juga cili padi. Sudah seharusnya di dapur ada tersimpan halia, kunyit , lengkuas dan juga serai. Jika ada garam kasar dan gula batu, itu sudah cukup bagus untuk menjadikan masakan ini lebih sempurna.




Resepi : Ayam Daun Limau Purut
Sumber : Sentuhan Nyonya oleh Mavin Yong

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16
7 helai daun limau purut - disiat-siat 
500 ml pati santan
1 sudu besar asam jawa - diramas dengan 250 ml air dan tapis airnya
minyak

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
2.5 cm kunyit
3 cm lengkuas
2 batang serai
10 biji cili kering
3 tangkai cili padi
4 tangkai cili merah
garam kasar
1 sudu teh gula batu - hancurkan

Cara:
1. Panaskan minyak masak, dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan ayam, daun limau purut dan pati santan. Kacau berterusan di atas api sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan biar merenih hingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
4. Hidangkan semasa panas bersama nasi putih.

5 ulasan:

  1. sedap ni...aroma daun limau purut tu menyemarakkan selera...harus cuba nanti ni...

    BalasPadam
  2. K.Amie....sedapnya.....
    kalau cmni gaya bleh kena ngn selera adda gk nih..

    BalasPadam
  3. mak ku sukak masak opo2 lauk dilebok nei godong limau purut..aku pun nuruni coronei jugak...iki resepi asli teko nyonya yo..keno nggawe kapan2..

    BalasPadam
  4. Sedappp dan semestinya harum bau daun limau purut tu kan..simpn resepi dulu kak...nnti blh buat.

    BalasPadam