Pages

Rabu, 12 Jun 2013

Telur Dadar Tempoyak

Assalamualaikum.
Teringin nak makan tempoyak tapi tak tahu nak masak apa. Pada masa yang sama terbayang sambal belacan! Adeeeehhh... tak boleh jadi kalau asyik  hanya membayangkan saja! Akhirya terjadilah Telur Dadar Tempoyak!


Nak tahu resepinya? Jom Amie kongsikan di bawah ini:

Resepi : Telur Dadar Tempoyak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 labu bawang besar - cincang
1 batang serai - hiris halus
1 biji cili hijau - hiris nipis
1 sudu teh serbuk perencah MAGGI Cukup Rasa
1/2 sudu teh baking powder
mentega

Bahan kisar :
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit belacan
2 sudu makan tempoyak

Cara:
1. Pukul ringan telur di dalam mangkuk.
2. Masukkan kesemua bahan kisar, bawang besar, serai, cili hijau, baking powder, dan perencah MAGGI.
3. Kacau sebati dan biarkan sebentar.
4. Panaskan sedikit mentega dan dadar telur hingga masak.



Ini lauk hidangan tengahari yang sempat Amie sediakan untuk Fuad dan Fairuz makan sekembalinya dari sekolah. Selain Telur Dadar Tempoyak, Amie goreng ikan campur-campur... ada ikan selayang (orang sini panggil ikan basung, ikan kembung (orang sini panggil ikan lumahan) dan ikan Uji Rashid, yang matanya besar tu.


Nak tahu sedap atau tidaknya Telur Dadar Tempoyak ni kenalah cuba sendiri. Dah itu saja bahan yang ada di dapur, Amie pun buatlah suka hati... dapur sendiri jugakan he he ehhh! Sedap je anak-anak makan telur tu. Bukan tahu ada tempoyak di dalamnya... kalau Amie bagi tahu sebelum makan tentu berteriak semuanya tak mahu makan!

4 ulasan:

  1. wahh.. unik la telur dadar campur tempoyak..tun dh lama x makan tempoyak.

    BalasPadam
  2. walaupun mak kita simpan berbotol botol tempoyak dalam freezer tak pernah terlintas buat telur dadar bubuh tempoyak..Tq amie untuk idea kreatif mesti mak saya menjerit kalau dia tau buat telur dada tempoyak.

    BalasPadam