Pages

Isnin, 3 Jun 2013

Mango, Red & Green Apple Smoothies

Oh! Hari ini cuaca sungguh terik walau pun jam baru menunjukkan pukul 9.51 pagi! Nampaknya sinaran cahaya matahari yang muncul dari arah Laut Sulu menerangi seluruh daerah Lahad Datu dengan teriknya. Elok benarlah pagi-pagi cuaca panas begini Amie sediakan smoothies. Mangga, epal hijau dan epal merah sudah disejukbekukan sejak malam tadi. Jadi, cuma tambahkan yogurt asli dan susu segar serta sedikit madu (sebab kehabisan stok gula pasir) saja ke dalam pengisar!


Resepi : Mango, Red & Green Apple Smoothies
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji mangga masak ranum - anggaran berat 400 gram - buang kulit dan potong kecil
2 biji epal hijau - cuci bersih dan potong dadu
2 biji epal merah - cuci bersih dan potong dadu
200ml yogurt asli
200ml susu segar
2 sudu makan madu

Cara:
1. Sejukbekukan mangga, epal hijau dan merah sekurang-kurangnya 2 jam.
2. Campurkan kesemua buah sejukbeku tadi bersama yogurt asli, susu segar dan madu ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus dan lembut.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.


Sekarang ni kalau nak buat smoothies kena buat lebih sikit sebab Encik Suami dan anak-anak dah jadi peminat tegar!



5 ulasan:

  1. salam kak amie..

    segar dan sedapnnya smoothies tu..

    BalasPadam
  2. Assalam kak amie. Sedapnya smoothies tu. Tak pernah try lagi. Tapi di Bintulu ni hujan, nka buat pun tak kena. Kena tunggu cuaca panas, baru ngam nak try.Simpan dulu resepi.hihi

    BalasPadam
  3. assalam Amie..kalau Amie tayang gambar smoothies memang buat acik terliur

    BalasPadam
  4. Arg....nyaman menyegarkan...
    Tambahan lak sumanya bahan segar...
    sungguh menggoda tekak tambah lak cuaca panas la ni

    BalasPadam
  5. eh kak amie ni... saja je goda kitorang kan... kalau dapat barang segelas tu aduhhhhh sedapnya. tambah2 panas kat kg ni nak cari ais ke kerjanya

    BalasPadam