Pages

Sabtu, 4 Mei 2013

Tips Dunia Kulinari

Hilangkan Bau dan Rasa Pada Pengisar


Ehsan : Google

Bau dan rasa bahan makanan yang dikisar biasanya boleh mengganggu rasa bahan makanan lain yang turut dikisar menggunakan pengisar yang sama. Bagi menghilangkan rasa tersebut, ambil tiga sudu besar garam halus, kemudian masukkan secawan air dan kisar atau goncangkan mesin pengisar tersebut. In shaa Allah bau dan rasa pada pengisar akan hilang dengan serta-merta.

Membersihkan Minyak Gorengan
Jika anda menghadapi masalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam gelugur tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda. Hasilnya anda dapat menggunakanminyak goreng tadi beberapa kali.

Hilangkan Kotoran Pada Kulit Kerang
Ambil segenggam garam kasar, masukkan ke dalam bekas berisi air yang mengandungi kerang. Kemudian potong lebih kurang 3cm pelepah pisang dan gunakan ia untuk menggosok kulit kerang tersebut. Hasilnya dapat dilihat dalam masa 2 minit.

Daun Limau Purut Tidak Layu
Masukkan daun limau purut tersebut ke dalam bekas kedap udara. Kemudian simpan di tempat beku dalam peti sejuk. Hasilnya daun itu segar harum dan boleh digunakan lagi.

Hilangkan Pahit Mi Kuning
Untuk menghilangkan rasa pahit mi, cuba anda rendamkan mi di dalam air suam yang dicampurkan dengan sesudu gula. Toskan selepas 15 minit. Hasilnya rasa pahit pada mi tiada lagi.

Udang Segar
Udang yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastinya akan menjadi hitam di bahagian kepada dan kulitnya.  Untuk menjadikan udang tahan lebih lama, campurkan udang tersebut dengan perahan air limau nipis. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa hari.

Sumber :
Majalah SAJI April 2011

2 ulasan: