Pages

Khamis, 16 Mei 2013

Mee Hoon Sup Tulang

Assalamualaikum.
Cepatnya masa berlalu. Hari ini sudah Khamis... esok Jumaat! Apa pun menjelang tengahari perut perlu diisi. Amie sajikan menu Mee Hoon Sup Tulang. dan memang sesuailah dengan cuaca dingin disebabkan hujan lebat, jadi bolehlah panaskan badan sedikit! Boleh klik hidangan Mee Hoon Sup Tulang Amie yang lalu DI SINI dan DI SINI.


Untuk menu Mee Hoon Sup Tulang kali ini Amie tambahkan 25 biji bebola daging, sebab anak-anak suka makan bebola daging berbanding daging pada tulang lembu. Setelah tulang lembu empuk, barulah Amie masukkan bebola daging dan renih selama 20 minit dengan api perlahan.


Resepi : Mee Hoon Sup Tulang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 paket mee hoon - Amie gunakan rice stick, rebus hingga lembut dan kemudian toskan, seterusnya rendam dengan air sejuk seketika 
1 kg tulang lembu
25 biji bebola daging
1 labu bawang besar - belah 4
7 biji bawang putih - pecahkan
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 sudu makan lada putih - tumbuk
air secukupnya
minyak
garam / perasa / kiub / serbuk pati pilihan

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
1 batang bonggol pokok sup
1.5cm halia
1 sudu makan biji ketumbar 
1 sudu teh jintan putih 
1 sudu teh jintan manis 

Bahan hiasan:
daun sup
daun bawang
bawang goreng
hirisan cili merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta tulang.
3. Gaul rata sehingga daging yang melekat di tulang menjadi layu. 
4. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga daging menjadi lembut.
5. Masukkan bebola daging dan renih se;ama 20 minit. 
6. Masukkan lada putih, sedikit daun bawang serta daun sup dan juga bawang goreng.
7. Masukkan garam / perasa / serbuk pati pilihan.
8. Sup tulang siap untuk dihidangkan bersama mee hoon dan bahan hiasan yang lain.




Jangan lupa Sambal Kicap! Tanpanya Mee Hoon Sup Tulang terasa hambar! Amie copy paste Sambal Kicap dari entri Amie yang lalu.



Inilah dia pelengkap hidangan Mee Hoon Sup Tulang. Resepinya seperti di bawah:


Bahan-bahan:
15 biji cili padi
5 biji bawang putih
5 sudu kicap manis - Kicap Cap Kipas Udang (Habhals)
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 sudu makan kuah sup tulang

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih.
2. Gaul dengan semua bahan yang lain.
3. Hidangkan bersama Mee Hoon Sup Tulang.



18 ulasan:

  1. Salam kak Amie.. sedapnyer sejuk2 hirup sup2 neh.. kak tqvm erma dah try sambal mangga akak.. memang sedap.. wat menu luch tadi.. he he he

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak..pertama nak ucap Selamat Hari Guru buat kak Amie...
    Dan ehemmmm...Sup tulang ni memang besttttt....Psstttt....Baby sihat?

    BalasPadam
  3. Buat berbuka puasa pun best ni, nak buat larilah semangkuk ni Amie, hehe.

    Amie...selamat Hari Guru.Tahun ni celebrate kat rumah lah ye dengan baby Firdaus. Wish you all the best dear!

    BalasPadam
  4. ya Allah kak Amieeeeeeee!!!!

    rasa nak g umah akak skang jugak..fevret ni!!!!

    BalasPadam
  5. ya Allah kak Amieeeeeeee!!!!

    rasa nak g umah akak skang jugak..fevret ni!!!!

    BalasPadam
  6. salam kak..

    ayo..ni tayang mihun sup ni buat org terliur dan lapar..time sakit ni rasa mau makan yang sup2 ja..

    BalasPadam
  7. Assalam kak amie...dah keluar bihun sup tulang pulak petang ni...aduss ngences betul ni..kalau dapat hirup kuah tu..mesti layan abess...
    kak amie guna bihun apa tu..nampak macam besar jerr..ala-ala size angle hair ke mataku silap pandang huhu..
    btw...Selamat Hari Guru buat kak amie

    BalasPadam
  8. Halamanku,
    sedapkan sambal mangga .... kakak suka buat lebih, makin lama makin sebati, meresap rasanya!

    Sue,
    waalaikumussalam... terima kasih Sue cayangggg.... lama tak menghirup supn tulang berempah ni Sue... baby sihat, kuat tidur tapi cengeng sikit he hehh.

    Ummiross,
    memang sedap ni buat buka puasa kan Ummi... terima kasih Ummi, esok malam ada dinner kat sekolah sempena hari guru, Amie dijemput hadir tapi tak boleh datang sebab pagi2 lagi nak bertolak ke KK.

    BalasPadam
  9. Faa,
    cepat datang Faa... kang habis semua tinggal kulit kayu manis dengan bunga lawang je kat periuk tu hihihiii.

    Bbwana,
    aroma sup tu yang membangkitkan selera orang sakit ye Bbwana.

    Lina,
    waalaikumussalam... terima kasih Lina.
    Kak Amie gunakan mee hoon yang kasar sikit... rice stick, tak tahulah angel hair ke tu Lina?

    BalasPadam
  10. Slmt hari Guru Amie
    ada hidangan mihun sup juga...byk bebola daging tu....sedappp

    BalasPadam
  11. sedapnya ...fav saya ni.selamat hari guru amie!

    BalasPadam
  12. terus terasa lapar bila tengok bihun sup kak amie ni..

    BalasPadam
  13. selamat hari guru wt akk ..:)..dan zila pun baru siap buat sup utk mkn mlm nie..kbtulan dapat balik awal ..trus kedapur..tp malas nk celur mee..mkn dgn nasi jew kak..

    BalasPadam
  14. Salam kak...akak cikgu ye...Selamat hari guru kak...

    sedapnya tgk bihun sup akak ni...terliur fiza...lama x makan bihun sup...ada lagi kak...nak bawa mangkuk gi umah akak ni...

    geram tgk bebola tu...dapnyerrrr

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Guru Kak Amie cayang ^__^

    Mee hoon sup pujaan hati ku..letak cili byk2..hirup ms kuah tgh berasap lg..sedapnyaaa heheee

    BalasPadam
  16. Kak, "slmt hari guru"..wah..ini sup ma, mmg pebret aku...

    BalasPadam
  17. Kita plan nak buat bihun sup juga hujung minggu ni.

    BalasPadam
  18. salam Amie..selamat hari Guru! agak terlewat anak murid mu ni ucapkan..hehe..apa2 pun perghhh..layan mihun sup tulang..nyumms!

    BalasPadam