Pages

Ahad, 21 April 2013

Kek Pisang Berangan Gebu

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Paparan ringkas petang Ahad ini Amie kongsikan resepi Kek Pisang Berangan Gebu yang sudah lama tersimpan dalam folder! Resepinya mudah sahaja. Biasanya orang gunakan gula merah lembut untuk kek pisang, tapi Amie gunakan gula pasir biasa dan Amie juga kurangkan jumlah gula sebab pisang berangan sudah cukup ranum dan manis! Tidak ada chocolate rice dan sebagainya untuk menambah kecantikan kek ini ye tapi hasilnya memang berbaloi-baloi.... gebu dan lembut selembut sutera sampai nak potong pun kena hati-hati takut pecah berderai!


Resepi : Kek Pisang Berangan Gebu
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang berangan lecek
3/4 cawan gula pasir
1 cawan minyak canola (minyak jagung / minyak kelapa sawit / mentega cair - ikut citarasa masing-masing)
4 biji telur gred B (kalau gred A  atau double A gunakan 3 biji pun cukup)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam

Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak.



Nampak tak kegebuan dan kelembutannya? 



Sesiapa yang baru hendak belajar buat kek pisang, bolehlah cuba resepi ini ye.... Jumpa lagi!

9 ulasan:

  1. uwh...mmg sgt gebu kek pisang kak amie nie....nanti kalau saya dh beli oven leh lah try resepi kek pisang kak amie nie yea..

    BalasPadam
  2. as-salam
    mmg npk gebu kek pisang tu kak...so nyum2..

    BalasPadam
  3. salam Mieee mmg gebus sangat kek tu mesti tak cukup se potong tu sayang lah Mie kena tunggu ada pisng ni pasti nak buat jugak

    BalasPadam
  4. Amie..sedap bangat nampak kek tu,mesti tak puas makan ni. InsyaAllah nanti ummi nak cuba juga.

    BalasPadam
  5. moist je nmpk tekstur kek tu kak...:-)

    BalasPadam
  6. nampak gebuss kek pisang tu amie..mmg seswai tuk org cam sy yg tak pandai wat kek ni cuba..hihi

    BalasPadam
  7. alhamdulillah sya dh try.. mmg trbaik lah..

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam